Sudah Tiba Masanya Revolusi Produktiviti Bermula Dengan ePGM dan ezBE

Para pemain semua jenis industri kini sepatutnya tidak mempunyai sebarang alasan lagi untuk tidak berusaha merangka strategi untuk meningkat produktiviti masing-masing kerana ada platform baru sudah disediakan untuk mereka memantau pencapaian perniagaan mereka.

Melalui usaha Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), satu sistem khas telah direka khas untuk tujuan itu iaitu Productivity Gain Measurement (PGM) secara elektronik yang dikenali sebagai ePGM. Ia juga dilengkapi dengan sistem memantau pencapaian rangka kerja atau Business Execellence secara mudah iaitu (ezBE).

MPC dengan kerjasama erat dengan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) telah membawa kedua-dua sistem dalam program Showcasing Tourism Product (STP) ke lima buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah untuk digunakan para penggiat industri pelancongan.

Untuk industri pelancongan MPC telah menggerakkan satu usaha iaitu Tourism Productivity Nexus yang menjadi hub setempat untuk para pengusaha pelancongan, ejen pelancongan dan kerajaan untuk bergabung sebagai satu untuk meningkatkan produktiviti pelancongan di negara ini.

Janganlah STP di Sabah menjadi permulaan kepada berakhirnya ezBE dan ePGM tetapi biarlah ia menjadi permulaan yang besar kepada bermulanya revolusi peningkatan produktiviti secara mendadak semua industri di Malaysia untuk masa depan ekonomi yang lebih baik.

Dengan menggunakan ezBE dan ePGM, ia akan menjimatkan pelbagai jenis kos dan masa para penggiat industri kerana mereka tidak perlu lagi mengupah konsultan atau pakar rujuk untuk memantau produktiviti kerana ia menelan belanja yang agak besar dan masa yang lama.

Presiden MITA dan Champion Tourism Productivity Nexus, Uzaidi Udanis berkata dengan sistem ezBE dan ePGM ini, sistem berkenaan akan membuat kiraan berkenaan produktiviti secara automatik. Para pengusaha hanya perlu memasukkan data serta semua maklumat perniagaan mereka untuk memantau produktiviti serta merangka strategi perniagaan baru.

“Untuk mengupah konsultan adalah amat mahal, dengan ezBE dan ePGM ini, ia akan melakukan semuanya secara automatik dan anda akan dapat memantau sasaran perniagaan serta produktiviti anda untuk merangka strategi perniagaan seterusnya.

BACA : Dewan Tengku Zara, Syurga Majlis Idaman Anda Di Bangi

“Jadi para pengusaha pelancongan terutamanya pengusaha kecil dan sederhana serta syarikat baru perlu menggunakan kemudahan ini untuk membantu mereka mencapai produktiviti yang lebih baik pada masa depan,” kata Uzaidi.

Selain ezBE dan ePGM, MPC turut memperkenalkan sistem Tourist Arrival Performance System (TAPS) yang merupakan sejenis sistem untuk merekodkan jumlah pelancong yang telah berjaya dibawa masuk ke destinasi program STP tahun ini di lima buah negeri berkenaan.

Dalam setiap program STP, pihak MPC mengadakan sesi bersemuka untuk menerangkan kepada para penggiat industri bagaimana untuk menggunakan ePGM dan ezBE. Sistem berkenaan akan dapat mengukur impak program STP untuk memastikan kemampanan industri pelancongan di Malaysia.

Presiden MITA, Uzaidi Udanis bergambar bersama Sumandak Sabah pada program Showcasing Tourism Product 2018, Sabah yang berakhir 14 Disember lepas.

Menurut Uzaidi lagi, sistem berkenaan bukan sahaja boleh digunakan oleh pemain industri pelancongan tetapi juga semua pengusaha industri yang ada usaha untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Janganlah STP di Sabah menjadi permulaan kepada berakhirnya ezBE dan ePGM tetapi biarlah ia menjadi permulaan yang besar kepada bermulanya revolusi peningkatan produktiviti secara mendadak semua industri di Malaysia untuk masa depan ekonomi yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *