Pelbagai Menu Mee Indomie Ada Di Indobowl Cafe

Kalau korang buntu dan tidak tahu macam mana hendak pelbagaikan menu jika menikmati mee segera. Ada satu tempat yang korang boleh pergi dan menikmati pelbagai jenis menu hidangan yang diilhamkan daripada mee segera. Dengan mee segera Indomie, bermacam-macam menu yang sedap korang boleh hasilkan ikut kreativiti.

Datanglah ke Indobowl Cafe yang terletak di Sungai Besi untuk anda nikmati pelbagai jenis hidangan mee yang menyelerakan.

Indobowl Cafe,
Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields,
Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur

Buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Saya sudah singgah dan nikmati makanan di Indobowl Cafe dan ia memang satu kunjungan yang memuaskan. Dapat makan Indomie dan juga ada pelbagai hidangan lain yang amat menyelerakan.

Saya cadangkan dekat korang kalau datang ke Indobowl Cafe ini, untuk menikmati Nasi Goreng Gilerr mereka yang memang penuh dengan macam-macam rasa. Anda akan rasa puas dan kenyang menikmatinya.

Nasi Goreng Gilerr yang disediakan di Indobowl Cafe, Lake Fields, Sungai Besi

Biasanya kalau di Jakarta, Indonesia, Nasi Goreng Gila amat popular iaitu sejenis nasi goreng yang dicampur pelbagai jenis bahan seperti ayam, daging dan udang serta bermacam-macam lagi. Saya ada peluang masa bertugas di Jakarta untuk merasa kelazatannya.

Nasi Goreng Giler Indobowl Cafe lengkap dengan Lamb Chop, Satay, Telur Mata, Udang dan keropok dalam satu hidangan nasi goreng yang lengkap. Biasanya kalau dalam kalangan kita-kita, hidangan nasi goreng yang lengkap kalau di kedai-kedai makanan Thai, ialah Nasi Goreng USA, tapi Nasi Goreng Giler mengatasi segala-galanya.

Antara menu yang korang kena cuba di Indobowl Cafe ialah, Indomie Salted Egg Chicken iaitu hidangan mee segea Indomie dengan ayam yang dimasak dengan telur masin. Ada juga menu Indomie dari Indonesia iaitu Indomie Ayam Madura yang disertakan dengan masakan tradisi Indonesia iaitu Ayam Madura.

Korang juga boleh pesan menu Dendeng Berlado yang juga merupakan makanan terkenal di Indonesia yang agak pedas sikit.

Selain itu, banyak lagi menu Indomie yang anda boleh pesan daripada untuk anda nikmati sorang-sorang sampailah kepada anda untuk makan beramai-ramai.

Indomie Salted Egg Chicken

Anda boleh datang seorang, anda boleh datang berdua dengan pasanga, anda boleh datang dengan keluarga atau anda boleh datang dengan rakan-rakan berapa ramai yang anda hendak bawa untuk menikmati hidangan menyelerakan di Indobowl Cafe ini.

Bagi saya, saya memang akan mencadangkan kepada anda untuk datang dan rasa makanan di Indobowl Cafe di Sungai Besi ini dan anda tidak akan menyesal malah akan berulang kali datang ke Indobowl Cafe.

Suasana restoran Indobowl Cafe di Sungai Besi.

Indobowl Cafe ada dua outlet iaitu di Sungai Besi dan di SS15 di Subang Jaya.

Selepas itu, korang boleh eksperimen untuk reka sendiri menu berasaskan mee segera untuk korang nikmati sendiri dekat rumah nanti.

One thought on “Pelbagai Menu Mee Indomie Ada Di Indobowl Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *