Habiskan Masa Dengan Ukays & Propa Rangers Di BBQ Lamb Kemensah

Tahukah anda? Di Kuala Lumpur, ada satu tempat makan di mana anda boleh makan menjamu selera sambil merendamkan kaki anda di dalam air jeram yang sejuk mengalir dengan deras. Itulah BBQ Lamb KL Kemensah yang begitu unik. Saya rasa dalam Malaysia, itu sahaja satu tempat yang ada kot.

Sabtu lepas, satu program Meet and Greet Ukays diadakan di situ sambil menikmati hidangan enak bbq kambing dan bermacam-macam lagi bersama dengan band Ukays yang sekarang popular dengan lagu I Love You, I Miss You. Program ini diadakan oleh Team Propa Rangers dengan kerjasama LF Production bersama dengan BBQ Lamb KL Kemensah.

Kami blogger bersama dengan Team Propa Rangers dapat merasai peluang makan dekat meja yang letaknya di dalam sungai. Program ini adalah aktiviti tahunan team blogger Propa Rangers. Pengalamannya amat menarik dan ia adalah satu aktiviti yang mesti dicuba oleh semua sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Untuk korang yang blurr siapa kumpulan Ukays ni, Diaorg dah mula menyanyi sejak tahun 80-an lagi sekitar tahun 1986. Lagu popular adalah seperti Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Bila Diri Disayangi dan Rhytm Si Jantung Hati dengan penyanyi pada zaman itu iaitu Amir.

Pada tahun 2009 mereka buat comeback dengan lagu Lepaskanmu Kerana Terpaksa hasil ciptaan Amy Ukays dan ia ditonton sebanyak 19 juta kali di laman video YouTube. Amir keluar dari Ukays pada tahun 1997. Pada tahun 2018 kali ini, Ukays muncul kembali dengan lagu yang amat berbeza iaitu I Love You, I Miss You, jauh dari genre muzik yang biasa dinyanyikan oleh Ukays. Kini dah dapat tontonan sebanyak lebih 4 juta kali di YouTube.

Pada program Meet and Greet itu, anggota Ukays yang hadir ialah Ali (Drummer), Amy (Keyboardist), Tok Jie (Bassist) dan Faiz (Guitarist).

Semua yang hadir dihidangkan dengan Meat Set oleh pihak BBQ Lamb KL Kemensah yang ada nasi, set daging bbq yang ada lamb yang sedap dan juga set seafood yang ala-ala platter. Walaupun keadaan panas dan agak hangat tapi sebab kaki dah berendam dalam air, semuanya jadi sejuk sahaja.

Terima kasih kepada Encik Zainuddin Yatim yang menguruskan BBQ Lamb KL Kemensah sejak Julai tahun 2017 atas hidangan yang sedap dan menyelerakan.

Saya juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Team Propa Rangers kerana menjemput sepatahdua.my untuk sama-sama menyertai program Greet and Meet untuk tahun 2018.

Bagi saya yang berpeluang membesar bersama-sama dengan lagu karya dari kumpulan Ukays, satu peluang untuk bertemu mereka amatlah bermakna tambahan pula mereka tidak sombong dan amat mesra dengan peminat. Pengalaman di BBQ Lamb KL Kemensah amatlah berharga bagi saya.

Kalau anda hendak merasakan pengalaman makan sambil berendam dalam sungai, bolehlah datang ke BBQ Lamb KL Kemensah di Taman Zooview. Hidangan bbq dan bermacam-macam lagi hidangan istimewa sentiasa menanti anda. Kalau anda penggemar makan lamb, sudah pasti lokasi ini akan menambat hati anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *