Dewan Kelab Rahman Putra Juga Pakar Anjurkan Majlis Perkahwinan India

Bagi masyarakat India atau kaum-kaum lain yang hendak mencari tempat yang eksklusif untuk mengadakan majlis perkahwinan, Dewan Kelab Rahman Putra yang terletak dalam kawasan padang golf yang indah juga boleh menjadi pilihan anda.

Dengan dewan banquet mereka yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang, anda juga akan menikmati kawasan letak kereta yang luas, kawasan strategik serta yang paling utama ialah pemandangan yang cantik.

Serba sedikit tentang Kelab Rahman Putra, ia adalah antara kelab golf yang unik yang terdapat di negara ini. Ia ada padang golf 36 lubang iaitu dua gelanggang 18 lubang dan terletak di atas kawasan seluas tanah seluas 279 ekar. Pemandangan kawasan padang golf Kelab Rahman Putra amat menenangkan.

Pemandangan kawasan padang golf di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh

Ia turut dihiasi dengan beberapa kawasan kolam yang bersih dalam kawasan padang golf berkenaan. Landskap padang berkenaan kebanyakannya adalah dalam keadaan semulajadi.

Oleh sebab itu, pemilihan Kelab Rahman Putra sebagai tempat untuk anda melangsungkan apa sahaja majlis adalah amat sesuai.

Bagi komuniti India, apa sahaja keperluan untuk majlis perkahwinan mengikut adat akan disediakan oleh pihak pengurusan Dewan Kelab Rahman Putra. Kawasan Sungai Buloh, Damansara, Kepong dan Selayang merupakan kawasan yang banyak didiami oleh komuniti berkenaan.

Jadi, tak perlu susah-susah untuk mencari tempat dan dewan yang selesa untuk melangsungkan perkahwinan cukup di Dewan Kelab Rahman Putra yang serba lengkap.

BACA : Enam Sahabat Raikan 400 Anak Yatim Sekitar Lembah Klang Sempena Deepavali´╗┐

Dengan pakej serendah RM35 seorang minium 1,000 orang anda sudah boleh melangsungkan perkahwinan di sini dengan hidangan makanan lazat dan enak untuk para tetamu yang datang. Anda boleh berunding dengan pihak pengendali dewan tentang apa keperluan yang perlu ada dalam majlis anda.

Untuk pakej perkahwinan India, menu juga yang disediakan adalah amat istimewa antaranya sudah tentu Nasi Beriyani yang turut ditabur dengan buah kismis. Menu yang lain ialah Spicy Chicken Varuval, Fish Curry With Ladies Finger And Mango, Mutton Bone Dalca dan Potato Masala.

Jika inginkan kelainan ada juga menu, Nasi Beriyani yang ditabur dengan biji gajus, Spicy Chicken Vindaloo, Curry Fish Cutlet In Coconut Milk, Lamb Masala dan Prawn Cooked in Masala Paste. Semuanya enak dan menyelerakan dan sudah pasti pencuci mulut tradisional masyarakat India. Antaranya ialah Vermicelli Payasam atau puding lobak atau kek lobak. Ada juga Rava Kasari. Semuanya lazat dan menyelerakan.

Sambil anda berehat dan duduk berbual dengan tetamu dan kawan ketika menghadiri majlis, anda boleh nikmati pemandangan indah suasana padang golf yang menghijau di kawasan clubhouse di Kelab Rahman Putra di Sungai Buloh ini. Di Dewan Kelab Rahman Putra, apa sahaja majlis boleh diadakan dan bukan sahaja majlis perkahwinan.

Anda kena segera menghubungi Encik Mazmadi 012-475 0151 dan Cik Surianti 011-3698 1261 untuk berunding tentang pakej melangsungkan majlis anda. Lokasi strategik, kawasan cantik, parkir percuma dan makanan sedap, apa lagi yang anda cari? Di Dewan Kelab Rahman Putra, semuanya ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *