Hidangan Thai Dengan Pemandangan Cantik Di Chakri Imperial Palace Hartamas

Anda suka makan di restoran Imperial Chakri Palace? Jika benar, saya ada satu lokasi restoran berkenaan yang baru dibuka. Ia bukan sahaja menyajikan makanan Thailand yang sedap dan menyengat tetapi juga turut disertakan dengan pemandangan yang cantik dari restoran yang terletak di atas bumbung Hotel Dorsett di Sri Hartamas.

Masing-masing fokus mengambil gambar hidangan yang disediakan di restoran Imperial Chakri Palace di Dorsett Hartamas.

Untuk pengetahuan, Hotel Dorsett Hartaman akan dibuka sepenuhnya pada 16 Januari ini. Bagaimanapun, restoran Imperial Chakri Palace Sky View di hotel itu sudah pun beroperasi.

Kalau sebut pasal Imperial Chakri Palace yang turut memiliki cawangan di Suria KLCC, sudah pasti mereka yang suka datang ke sini tahu tentang hidangan makanan Thai mereka yang sedap dan juga pedas sama seperti menikmatinya di negara jiran itu.

Sambil anda duduk menikmati makanan, anda boleh melihat pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 27 tingkat dari atas Hotel Dorsett suasana malam di ibu kota. Anda boleh melihat dengan jelas keseluruhan kawasan Istana Negara yang tersergam indah dengan cahaya lampu bergemerlapan di waktu malam. Sudah pasti makan di Imperial Chakri Palace Sky View di Dorsett Hartamas bukan satu memori yang anda boleh lupakan.

Hidangan terkenal Thailand, Tom Yam dengan udang galah memang power!! Sekali anda mula rasa, masam dan pegas begitu pantas menyentap deria rasa anda untuk terus menikmatinya sampai habis. Korang sudah pasti akan menikmati rasa udang galah yang segar dan saiznya yang besar kalau anda pesan menu berkenaan.

King Prawn Tom Yam (Tom Kha Gai)

King Prawn Tom Yam dengan santan (Tom Kha Gai), yang memang penuh krim dan sedap. Jangan malu-malu kalau anda suka makan Tom Yam, guna sahaja tangan untuk kupas udang galah yang sedap tu.

Selain Tom Yam, kari hijau Thailand mesti ada juga. Anda pesanlah menu Traditional Green Curry (Gaeng Kaew Wan), yang akan dihidangkan mengikut pilihan anda yang mahukan ayam, daging, udang atau pun khusus untuk mereka yang vegetarian.

Traditional Green Curry (Gaeng Kaew Wan)

Kalau yang suka makanan Thailand, Som Tam pasti tidak dilupakan. Di Imperial Chakri Palace Sky View Hartamas menu itu memang sedap. Ia dihidangkan dengan nama Traditional Thai Papaya Salad atau Som Tam dalam bahasa yang kita tahu.

Traditional Thai Papaya Salad (Som Tam)

Kalau pencuci mulut, anda boleh pesan Thai Mango with Sticky Rice iaitu hidangan pulut yang disediakan bersama santan atau Coconut Milk dan diletakkan juga hirisan buah Mangga yang sedap.

Thai Mango With Sticky Rice

Selain hidangan Thai, mereka juga ada pizza yang sedap dan lazat. Untuk kanak-kanak hidangan sebegitu sesuai kerana ia tidak berasa pedas.

Di tingkat 27, Dorsett Hartamas bukan sahaja ada Chakri Imperial Palace Sky View. Ia juga ada Raintree Sky Bar and Lounge tempat anda untuk beristirehat dan mungkin mengadakan pertemuan perniagaan sambil makan masakan ala-Thai.

Bukan sahaja pemandangan dari atas yang cantik. Anda boleh duduk dan bersantai selepas makan di tepi kolam renang Dorsett Hartamas yang cukup luas, besar dan cantik. Kalau sudah tinggi di tingkat 27, suasana malam mestilah sejuk, agak dingin dengan angin bertiup agak kuat pada waktu malam.

Selepas makan, bersantai pula di tepi kolam renang.

Bagi yang inginkan sedikit ruang bersendiri atau bersama kumpulan kecil, restoran Imperial Chakri Palace Sky View juga menyediakan ruang peribadi yang agak privasi sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan majlis persendirian yang tidak mahu diganggu.

Semuanya ada untuk satu sesi makan malam makanan Thailand yang lengkap di Imperial Chakri Palace Sky View di Dorsett Hartamas.

Kalau ada masa, singgahlah dan menginap juga di hotel berkenaan yang cukup cantik dekorasinya.

One thought on “Hidangan Thai Dengan Pemandangan Cantik Di Chakri Imperial Palace Hartamas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *