Malaysia Tersenarai 10 Negara Terbaik Untuk Persaraan

Negara kita Malaysia semalam telah disenaraikan di tempat ke-5 sebagai negara terbaik yang akan dipilih untuk bersara bagi tahun 2019 oleh International Living.

Dalam laporan berita Astro Awani di portal mereka, laporan berkenaan diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) memetik Indeks Persaraan Global Tahunan oleh International Living yang melaksanakan kaji selidik berasaskan faktor yang memberi kesan kepada kualiti hidup.

Kesan-kesan berkenaan adalah yang mempengaruhi iklim, gaya hidup tempatan, kos sara hidup, penjagaan kesihatan serta kemudahan visa.

Ada enam sebab kenapa Malaysia disenaraikan sebagai antara Top 10 negara terbaik untuk persaraan dalam laporak kaji selidik itu.

1) Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun.

2) Landskap hutan hujan tropika, pantai yang indah serta beratus pulau menarik untuk diteroka.

3) Kos sara hidup yang rendah.

4) Akses mudah kepada pelbagai jenis makanan.

5) Penguasaan Bahasa Ingggeris yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

6) Sistem penjagaan kesihatan terbaik dan berkos rendah.

International Living menyenaraikan Panama di tempat pertama berikutan cuaca tidak terlalu terik, cukai yang tidak tinggi, dan sistem manfaat kepada pesara yang baik.

Tempat kedua dimiliki Costa Rica disebabkan tawaran pelbagai aktiviti luar seperti menyelam dan mendaki yang menarik untuk bakal pesara, selain harga perumahan murah.

Sekarang ini pun, kita boleh melihat kelibat orang-orang asing dari luar negara yang sudah dalam usia emas mereka menetap di Malaysia dalam umur persaraan mereka. Kalau mereka datang ke sini, mereka boleh menetap di kawasan yang mewah seperti kondominium memandangkan kedudukan mata wang mereka yang lebih tinggi daripada matawang Ringgit Malaysia.

Sebab ke-5 ialah antara penyebab utama kerana orang Malaysia kebanyakannya boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ia akan memudahkan para pesara dari luar negara ini untuk bergerak dan berkomunikasi tanpa sebarang masalah besar di dalam negara.

Laporan berkaitan penyenaraian itu dimuatkan dalam laman web www.weforum.org dan ia menjelaskan sebab-sebab mengapa setiap negara dipilih di dalam kedudukan 10 terbaik itu.

Negara jiran Thailand menduduki tempat ke-9.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *