Tempah Tempat Anda Segera Untuk #CNYBuffetDinner Hotel Sunway Putra 2019

Orang ramai kini boleh mengadakan makan malam dan menghargai rakan-rakan mereka yang berbangsa Cina yang menyambut Tahun Baru Cina dengan makan-makan di Hotel Sunway Putra dengan Chinese New Year Buffet Dinner 2019 mereka di hotel bertaraf lima bintang itu.

Dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis menu dengan bermacam-macam jenis rasa termasuk menu tradisional Cina sempena sambutan tahun baru lunar kali ini.

Hotel Sunway Putra KL menghidangkan menu terbaik mereka untuk bufet tahun baru cina tahun ini khusus untuk anda, rakan-rakan serta seisi keluarga. Lebih mengujakan, pengunjung tidak perlu risau kerana Hotel Sunway Putra memiliki sijil halal dari JAKIM.

Bufet tahun baru cina diadakan di Coffee House di tingkat 9 pada 4 dan 5 Februari depan.

Antara menu yang ada untuk bufet berkenaan bagi pembuka selera, sup dan salad ialah :

  • Minced Chicken with Asian Dressing Salad
  • Chili Mayo Crabmeat and Grilled Corn Salad
  • Marinated Mushroom Salad
  • Kerabu Asam Limau Bali, Mini Octopus Salad
  • Seafood On Ice.

Menu-menu lain ialah :-

  • Shrimp Wantan
  • Prawn Dumplings
  • Hot and Sour Szechuan with Crabmeat Soup
  • Double Boiled Chicken Soup With Ginseng

Untuk hidangan utama atau Main Course juga ada banyak variasi sesuai untuk semua segenap lapisan kaum dan masyarakat. Menu-menunya ialah :-

Seafood BBQ (Tiger Prawns, Squid Head, Small Herring Fish with Green Chilli Dipping, Red Chilli Dipping, Thai Sauce and Sriracha Sauce).

  • Asian Seafood Buttered Spaghetti
  • Vietnamese Noodle Soup
  • Pelbagai jenis hidangan sushi.

Ada satu menu istimewa yang disediakan oleh chef Hotel Sunway Putra untuk CNY Buffet Dinner ini ialah Roasted Peking Duck Pizza.

Kalau makan-makan bufet ni, orang ramai biasanya akan memberikan tumpuan pada hidangan pencuci mulut atau dessert. Paling sedap dekat Coffee House, Sunway Putra Hotel KL ialah aneka keknya. Antara menu kek yang ada ialah :-

  • Sugi Almond Cake
  • Ginger Chocolate Cheese Cake
  • Green Tea Red Bean Chocolate Cake
  • Lime Chocolate White Thruffle
  • Mango Tiramisu, Coconut Lemon Velvet
  • Red Dragon Fruits Layer Cake.

Sudah pasti pelbagai jenis ais krim pun ada disediakan untuk anda.

Hotel yang menarik ini terletak dalam kawasan Segitiga Berlian di Kuala Lumpur dan di bawahnya ialah pusat membeli-belah Sunway Putra Mall atau ketika dulu dikenali sebagai The Mall atau plaza Yaohan. Ia memiliki 650 buah bilik dan setinggi 35 tingkat.

Sunway Putra Mall, kalau ada sesiapa yang tidak tahu, ada lapan tingkat pusat membeli-belah dengan lebih 300 jenama tempatan dan antarabangsa serta lebih 80 outlet makanan dan minuman serta tarikan rekreasi.

Selepas dah selesai makan bufet tahun baru cina, anda luangkanlah masa untuk check in dan menginap di Hotel Sunway Putra KL dan rasai pengalaman hebat tidur di hotel berkenaan. Selepas itu sambung beli-belah pula di mall di bahagian bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *