Ikan Patin Dan Ikan Keli Bakar Di D’Kayangan Steamboat Grill

Menu steamboat kini makin popular di mana-mana sahaja di negara ini. Hampir setiap negeri ada restoran steamboat yang terkenal dan famous sehingga sentiasa menjadi tumpuan ramai. Kalau sebelah malam, memang restoran-restoran steamboat akan penuh dan ada yang terpaksa cancel hasrat nak makan disebabkan ramai sangat orang.

Kali ini, saya berkesempatan untuk pergi dan menikmati menu steamboat di sebuah restoran steamboat yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Saya hendak cerita tentang restoran D’Kayangan Grill And Barbeque Steamboat yang ada keunikan tersendiri.

Sudah pasti ramai yang pernah dan suka makan steamboat. Sudah pasti juga anda tahu banyak restoran steamboat yang ada kat Malaysia. Bagaimanapun, di D’Kayangan Steamboat ada ciri istimewa iaitu mereka ada pilihan ikan patin dan ikan keli yang sudah siap diperap untuk dibakar ketika anda makan di situ.

BACA : Berbaloi Makan Aneka Lauk Dan Seafood Di Asap Steamboat & Grill Di Bangi

Potongan ikan itu yang disediakan besar-besar juga memuaskan hati kerana anda boleh menikmati ikan yang popular di air tawar ini sepuas hati anda selagi anda larat hendak makan. Ketika makan di sana, saya memang banyak ambil ikan patin dan ikan keli untuk diletak atas ruang grill yang disediakan.

Potongan ikan patin dan ikan keli yang digrill di ruang grill di D’Kayangan Steamboat, Shah Alam.

Bagi penggemar steamboat, ruang grill yang sempit di kebanyakan restoran pasti membuatkan pengalaman makan terencat sedikit. Bila lauk yang diambil banyak tapi ruang grill agak sempit, memang potong habis!! Di D’Kayangan ruang grillnya luas dan memang selesa.

Untuk satu restoran steamboat lagi, pilihan bahan-bahannya mestilah segar dan berkualiti. Dekat D’Kayangan Steamboat bahan-bahannya memang segar. Sudahlah bahan-bahan segar, harganya murah pulak tu.

Harga untuk anda menikmati steamboat di D’Kayangan ialah RM33 untuk dewasa dan untuk kanak-kanak ialah RM12.50.

Untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah PERCUMA.

Saya dengan jujur ingin rekemen kepada anda untuk datang ke restoran D’Kayangan Grill And Barbeque Steamboat bersama keluarga dan merasa pengalaman menikmati steamboat yang sedap di sini. Kalau makanan laut ada pelbagai pilihan seperti siput buluh, udang, sotong, ikan bawal dan ikan selar pun ada untuk anda grill.

Selain itu, bermula dari 31 Disember lepas hingga 29 Mac 2019 nanti, anda berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik dalam peraduan “Makan dan Menang D’Kayangan Steamboat BBQ Shah Alam” iaitu pertandingan cabutan bertuah.

Anda perlu belanjakan RM100 dalam satu resit dekat D’Kayangan, isi borang penyertaan dan terus berpeluang menang hadiah utama iaitu sebuah Skuter. Hadiah-hadiah lain ialah seperti televisyen 60 inci, basikal mountain bike dan baucer menikmati makan steamboat turut ada menanti anda.

Bawa rakan dan keluarga ke D’Kayangan Steamboat Grill And Barbeque Steamboat dekat Seksyen 13, Shah Alam untuk pengalaman menikmati steamboat tersendiri. Saya sudah merasainya, anda pun kena juga datang dan merasai kelazatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *