Cermin Mata Selesa, Pemeriksaan Sempurna, Hanya Di Maz Optometrist

Perkhidmatan penyediaan cermin mata boleh dikatakan antara perkhidmatan yang penting dan menjadi keperluan pada masa kini. Bilangan orang yang rabun dan memerlukan cermin mata untuk melihat dengan lebih jelas nampak bertambah dari tahun ke tahun.

Kalau korang hendak cari perkhidmatan cermin mata yang lengkap dan puas hati, anda boleh pergi ke Maz Optometrist yang premisnya ada dekat AU5, Keramat kerana pihak Maz Optometrist mementingkan apa yang anda perlu dan bukan apa yang mereka hendak.

Saya baru-baru ini singgah ke kedai Maz Optometrist yang terletak berdekatan dengan Pasaraya Giant Taman Melawati untuk tinjau-tinjau apa pilihan bingkai kaca mata yang ada. Dengan papan tanda yang jelas dan cantik di atas kawasan rumah kedai, agak mustahil Maz Optometrist tidak kelihatan.

Begitu banyak pilihan bingkai dan cermin mata yang ada di Maz Optometrist daripada bingkai dengan harga murah hinggalah yang berharga agak mahal dan berjenama terkenal seperti Ray Ban.

Di Maz Optometrist anda akan dilayan dengan baik dan pemeriksaan mata akan dijalankan secara sempurna serta keseluruhan. Pernah tak? pergi ke kedai cermin mata tapi pemeriksaan yang dilakukan sekejap sangat dan bila dapat cermin mata yang telah siap kepala anda rasa pening dan hendak berjalan pun susah.

Dekat sini, petugas Maz Optometrist akan menjalankan pemeriksaan sempurna sampai anda betul-betul boleh melihat dengan baik dan selesa dengan cermin mata baru yang akan dipakai nanti.

Bagi pihak syarikat ataupun organisasi, Maz Optometrist ada sediakan perkhidmatan bas bergerak untuk digunakan ke mana-mana sahaja.

Bas berkenaan amat selesa dan dilengkapi penyaman udara sesuai untuk diletakkan di tapak program yang luas dan orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma.

Bas itu yang lengkap dengan peralatan pemeriksaan mata boleh digunakan untuk program karnival, pesta, korporat ataupun program khidmat masyarakat. Pihak Maz Optometrist akan menjalankan pemeriksaan secara percuma untuk anda.

Maz Optometrist, mereka menyediakan perkhidmatan seperti di bawah :-

  • Pemeriksaan kesihatan mata
  • Pemeriksaan tekanan dalam mata
  • Pemeriksaan kesesuaian kanta lekap
  • Pemeriksaan katarak

Bagi pelajar atau murid sekolah yang ada masalah mata boleh pergi ke Maz Optometrist dan buat pemeriksaan anda. Maz Optometrist ada menyediakan bingkai dan kanta cermin mata dengan harga murah sesuai untuk para pelajar dan murid sekolah.

Dengan suasana kedai yang selesa, lapang dan kawasan sekitar yang tidak sesak, anda datanglah ke Maz Optometrist untuk dapatkan pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata anda yang selesa untuk kegunaan harian.

Anda kena hubungi 012-845 6781. Petugas Maz Optometrist akan melayan keperluan anda dengan amat baik sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *