Bufet Ramadhan Chakri Palace Tawar Lebih 50 Hidangan Hebat Thai, Jom Berbuka Di Sana

Melihat pilihan sajian makanannya sahaja sudah terliur apatah lagi merasa masakan sejati dari Thailand yang disediakan oleh rangkaian restoran Chakri Palace yang benar ada rasa tersendiri dan sedap.

Pada Ramadhan ini, habiskan masa anda seketika untuk berbuka puasa di restoran Thailand terkemuka di Malaysia ini dengan menikmati bufet “Tantalizing Tastes Of Thailand yang begitu banyak pilihan menunya. Anda cuma perlu menikmatinya dengan bijak supaya anda boleh makan banyak makanan yang disediakan dan tak jadi kenyang terlalu awal.

Semua restoran Chakri Palace iaitu Chakri Palace Sky View di Dorsett Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion menyediakan bufet yang menyelerakan itu.

Masakan Thailand dalam bufet ini disediakan oleh chef-chef dari Thailand dengan lebih 50 hidangan moden dan asli negara Gajah Perang itu. Selain masakan Thailand, ada juga pilihan menu tempatan seperti sayur ulam dan Kerabu. Antara yang paling sedap ialah Thai Mango Salad dan Thai Papaya Salad.

Turut disajikan ialah menu pembuka selera terkenal Thailand yang disediakan dengan menggunakan tujuh bahan iaitu Mieng Kam. Ada juga Samosa dan sajian Thai Crispy Fried Noodle.

Samosa, Thai Spring Rolls

Untuk hidangan utama, anda boleh cuba hidangan Kambing iaitu Lamb in Thai Green Curry, Prawn With Butter Sauce Topped With Salted Egg, Stir Fried Squid with Salted Egg, Tomyam Seafood dan Beef With Black Pepper Sauce.

Harga Dewasa

RM128++ @Dorsett Hartamas

RM108.80++ @KLCC

RM98.80++ @Pavilion

Harga Kanak-Kanak 6 – 10 Tahun

RM64++ @Dorsett Hartamas

RM54.40++ @KLCC

RM49.40++ @Pavilion

Tak habis lagi bercerita pasal menu, hidangan popular tempatan semasa berbuka seperti Rendang Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriani pun ada.

Selepas puas makan, lepak santai sambil menikmati pencuci mulut yang sedap seperti Red Ruby Waterchestnut, Thai Mango Sticky Rice dan turut disediakan ialah kuih-muih Melayu dan Bubur Jagung.

Hidangan seperti Satay Ayam dan Daging, Ikan Bakar dan Mee Tom Yam pun ada. Anda datanglah ke Chakri Palace Sky View dekat Hartamas kerana anda boleh makan sambil-sambil tu tengok pemandangan dari atas yang cantik termasuk pemandangan Istana Negara yang tersergam.

Satay Daging
Satay Ayam

Ini kerana restoran itu terletak di aras 27, Hotel Dorsett. Makan pula dekat dengan kolam renang. Selepas berbuka, berehat sekejap di tepi kolam renang memang amat sesuai.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi 03-2602 1031 (Dorsset Hartamas), 03-2382 7788 (KLCC) dan 03-2143 1141 atau 016-227 7182

Pada 11 Mac lepas, saya berkesempatan datang majlis mengumumkan berkenaan bufet itu dan sesi review sajian menu yang bakal dinikmati oleh anda di Chakri Palace Sky View di Hartamas. Suasana amat meriah dan para penulis blog dan jurugambar berebut hendak ambil gambar makanan kerana persembahannya membuatkan makanan itu nampak menyelerakan.

Restoran Chakri Palace Skyview di Dorsset, Hartamas.

Anda tidak akan bosan dan anda boleh repeat datang untuk berbuka kali kedua kerana menu di restoran Chakri Palace ditukar-tukar khusus untuk bulan Ramadhan.

Pilih sahaja satu hari untuk berbuka puasa dekat Chakri Palace di mana-mana tiga outlet mereka. Sedap masakan Chakri Palace ni, saya tak tipu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *