Sifufbads Akan Adakan Program Pertama Bakal Tampilkan Lebih 21 Speaker Julai Nanti

Jika anda terfikir-fikir atau sedang buat pertimbangan untuk menjalankan perniagaan dalam talian, tetapi masih ragu-ragu untuk teruskan, pada 5 hingga 7 Julai ini, jangan fikir panjang tapi hadirkan diri ke Persidangan Jutawan Digital Malaysia 2019 yang pertama diadakan di negara ini.

Persidangan ini yang juga dikenali dengan nama Digital Millionaire Conference 2019 akan diadakan selama tiga hari dan buat pertama kali juga menampilkan 21 orang Speaker yang merupakan pakar serta amat berpengalaman dalam pelbagai bidang untuk berkongsi pengalaman mereka.

Ia akan dianjurkan oleh platform coaching teknik pemasaran digital Sifufbads selama tiga hari yang akan memberikan faedah yang besar kepada pengguna media sosial yang mahu berkecimpung dalam dunia pemasaran digital.

Menurut Pengarah Urusan Sifufbads Sdn Bhd Jamaluddin Bahari atau dikenali ramai sebagai Sifu Jamal, seminar itu akan dimeriahkan juga dengan kehadiran lebih 100 orang alumni yang berjaya bergelar jutawan selepas mengikuti seminar program mentoring bersama Sifufbads.

Penulis sepatahdua.my bersama dengan Sifu Jamal, sebab nervous, gambar pun bergoyang.

Pada seminar itu, Sifu Jamal juga akan menyampaikan bimbingannya dalam bidang pemasaran digital dengan teknik terkini dan up-to-date.

Pada 30 April lepas, Sifufbads telah mengadakan satu majlis untuk membuat pengumuman berkenaan seminar berkenaan dan pelancaran buku “57 Marketing Untuk Usahawan Pemalas” yang diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu pemasaran digital.

“Program ini boleh membantu usahawan melalui perkongsian, bukannya mengajar tetapi perkongsian, real case study yang proven dan telah diuji dan yang paling penting up to date untuk usahawan tak kisah yang kecil ke, yang baru nak up ke, yang dah lama, yang sedang growing, tak kisah apa sahaja perniagaan,” kata Sifu Jamal.

Pada majlis itu juga telah dilancarkan lagu untuk Sifufbads yang dinyanyikan oleh rapper terkenal Waris bertajuk You Lambat You Tertinggal yang dicipta oleh Dj Fuzz.

Pada program Digital Millionaire Conference 2019 itu nanti, antara Speaker yang akan menyampaikan perkongsian mereka ialah Pengarah Urusan Karangkraf Datuk Husamudin, Datuk Faridah Hamin, Pengasas Annems International Sdn Bhd, Pengasas ESQ Leadership Center di Indonesia dan Malaysia, Dr Ary Giranjar Agustian, dan World Class Automation and Passive Internet Marketer Patrick Chan.

Menurut laman Facebook Sifufbads, pada hari pertama peserta akan mengetahui rahsia dan kisah kejayaan bagaimana mereka yang bermula dari Zero dan kini telah membuat jualan mencecah 7 hingga 8 angka setahun. Mereka juga bakal bongkarkan rahsia yang tak ramai orang sanggup dedahkan tentang kejayaan mereka.

Pada hari kedua, peserta akan diajar menguasai strategi jualan dan pemasaran untuk tahun 2020, corak terkini, perihal permintaan dan faktor membeli orang ramai zaman baru.

“Anda bakal didedahkan dengan rahsia besar untuk melebarkan empayar perniagaan ke peringkat baru, bukan itu sahaja, anda sebagai pengasas bakal ketahui cara untuk memiliki saving dan aset melebihi RM1 juta,” menurut Facebook Sifufbads.

Sifu Jamal berkata semua peniaga online di semua peringkat dan mereka yang belum mula berniaga perlu dan penting untuk menghadiri program ini.

Leave a Comment