Foto-Foto Gelagat Hari Pertama ITB Selangor

Mood kira-kira 50 orang peserta bengkel Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 Selangor apabila agak serius pada hari pertama program berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di Subang, Selangor. Pada hari pertama, para peserta berbincang dan didedahkan tentang masalah yang ada sehingga menjejaskan pelancongan khususnya di negeri Selangor.

Lensa Sepatah Dua hari ini merakamkan detik hari pertama ITB Selangor yang penuh warna-warni gelagat para peserta yang merupakan ejen pelancongan, pengusaha pelancongan dan operator produk pelancongan.

Begitu tekun mendengar penerangan dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) tentang penggunaan aplikasi EzBe.
Para peserta ITB Selangor bersama-sama menyertai permainan Tender Kapal Terbang di mana mereka dikehendaki membuat kapal terbang kertas.
Kapal terbang kertas yang bertaburan.

Bengkel ITB Selangor akan berlangsung selama tiga hari sehingga 19 Jun nanti.

#ITBSelangor #MPC #MITA #TourismProductivityNexus #Subang #SelangorDarulEhsan #Malaysia #MemacuProduktivitiNegara #TravelMalaysia #TourismSelangor

Leave a Comment