ITB Selangor : Pengusaha Pelancongan Malaysia Antara Terbaik Beri Khidmat Setimpal Dengan Harga

Para pengusaha pelancongan di negara ini merupakan antara negara terbaik yang pengusaha pelancongannya menawarkan khidmat berbaloi setimpal dengan harga yang dikenakan untuk pakej percutian yang ditawarkan untuk melancong ke negara ini.

Dalam kata lain, jika pengusaha pelancongan berjanji untuk menyediakan aktiviti di dalam maklumat pakej percutian mereka, mereka akan memenuhinya seperti yang dijanjikan mengikut harga yang mereka tetapkan.

Oleh itu, pelancong yang menempah pakej pelancongan dengan mereka akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan berjaya menikmati pengalaman berharga apabila menempah pakej berkenaan.

Jurulatih Pelancongan Dengan Akreditasi Latihan Standard ASEAN, Isvaran Ramasamy berkata oleh sebab itu para pengusaha pelancongan di Malaysia mengambil perhatian serius dalam menentukan harga pakej dalam merangka pakej pelancongan berkenaan.

Jurulatih ITB Selangor, Isvaran sedang menerangkan tentang proses penentuan harga untuk pakej pelancongan kepada peserta ITB Selangor.

Katanya, penentuan harga yang baik adalah penting dalam industri pelancongan kerana ia akan membuatkan pelancong yang juga pelanggan berasa mampu untuk menempah pakej percutian berkenaan.

“Dalam menentukan harga pakej pelancongan, bila kita kata ia mampu ditempah atau mampu milik, ia adalah subjektif. Kemampuan seseorang bergantung kepada tiga kategori pendapatan iaitu berpendapatan rendah seperti Backpackers, atau seperti mereka yang suka pakej pelancongan yang agak selesa iaitu kategori berpendapatan sederhana dan juga pelancong yang berpendapatan tinggi.

“Golongan yang berpendapatan tinggi ini datang melancong dan mahu kepuasan. Mereka bersedia untuk membayar berapa sahaja jumlah yang ada asalkan percutian mereka berjaya,” kata Isvaran.

Para peserta tekun mendengar penerangan Isvaran berkenaan proses penentuan harga hari ini.

Beliau kata ada pelancong yang hanya sukakan tarikan yang asas sahaja, ada pelancong yang mahukan tarikan yang unik dan segar jadi harganya berbeza dan juga ada pelancong yang mahukan yang sama tetapi mereka mahukan ia secara eksklusif jadi harganya sudah tentu lebih berbeza.

Isvaran berkata dalam menentukan harga pakej pelancongan para ejen pelancongan perlu memastikan apa kehendak paling asas yang pelancong perlukan dalam menikmati pakej berkenaan kerana kadangkala khidmat tambahan yang disediakan kadang-kadang tidak diperlukan oleh pelancong berkenaan.

“Sebagai contoh, kadang-kadang ketika percutian, ejen sendiri yang memasukkan makan tengah hari dan makan malam menjadikan harganya terlalu tinggi, kita juga boleh tawarkan harga tanpa kemudahan makanan berkenaan,” katanya.

Sebagai ejen mereka tidak perlu mendapatkan maklum balas daripada pelancong sebaliknya mereka boleh awal-awal sudah menyediakan harga daripada menyediakan perkhidmatan paling asas kepada menyediakan perkhidmatan yang dipenuhi dengan nilai-nilai tambahan untuk memudahkan pelanggan memilih pakej mana yang bersesuaian.

Isvaran berkata, cara itu hanya boleh digunakan jika pakej berkenaan dipromosikan di media sosial aplikasi perkongsian pelancongan sahaja.

“Jika ejen menerima tempahan secara terus melalui email dan mereka boleh berbincang, dalam perbincangan itulah mereka boleh membincangkan apa kehendak yang diperlukan oleh pelanggan mereka untuk menempah pakej berkenaan,” kata Isvaran.

Isvaran kanan sekali, mendengar pesanan yang diberikan oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Penyampaian (DMO) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Zahid Ismail tentang kepentingan meningkatkan produktiviti indusrri pelancongan

Isvaran merupakan Jurulatih program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 Selangor yang sedang diadakan di Subang yang memasuki hari kedua hari ini sejak ia bermula semalam.

Hari ini, kira-kira 50 orang peserta ITB Selangor diajar dan dibimbing cara-cara untuk menentukan harga bagi pakej percutian baru yang sudah dibentuk sebelum ia akan dipromosikan di peringkat antarabangsa kepada pelancong.

Biasanya, harga adalah perkara pertama yang akan diteliti oleh pelancong sebelum membuat keputusan sama ada mereka mahu menempah sesuatu pakej berkenaan atau tidak.

Isvaran berkata, pelancong pada masa kini sudah semakin bijak kerana mereka mahu melihat komitmen yang dibuat oleh ejen pelancongan sama ada mereka mampu memenuhi apa perkhidmatan yang dijanjikan di dalam pakej pelancongan yang ditawarkan.

Dengan penentuan harga yang lebih baik dari pengusaha pelancongan sudah tentu pakej percutian yang ditawarkan untuk melancong ke Malaysia akan menyediakan pengalaman yang lebih unik, baru dan bermakna kepada pelancong apabila mereka tiba dan melawat negara ini.

Para peserta ITB Selangor mencuba bermain Angklung.

Pada hari ini, para peserta diajar bermain Angklung oleh seorang daripada peserta iaitu Pengurus Inap Desa Santika Hulu Langat Hasan Suyat yang aktif bermain Angklung.

Para peserta ceria kerana dapat mencuba alat muzik tradisional berkenaan.

#ITBSelangor #MPC #MITA #TourismProductivityNexus #Subang #SelangorDarulEhsan #Malaysia #MemacuProduktivitiNegara #TravelMalaysia #TourismSelangor

Leave a Comment