Pengusaha Mesti Berjaya Tingkatkan Produktiviti, Itu Matlamat Inbound Tourism Bootcamp

Para usahawan dan pemain industri pelancongan yang pernah menyertai bengkel Inbound Tourism Bootcamp (ITB) bukan sahaja akan diberikan bimbingan tetapi akan dipantau dan perkembagan mereka diikuti sehingga mereka berjaya mencatatkan peningkatan produktiviti seterusnya menerima pulangan hasil yang lebih tinggi.

Sebaik selesai, program ITB tahun ini yang diadakan selama tiga hari, para pemain industri akan menggunakan ilmu serta platform promosi pelancongan digital yang diajar untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong datang melawat.

Seorang daripada Jurulatih ITB 2019, Muzammil Mardzuki berkata dalam tempoh sebulan dua selepas program, beliau akan kembali ke lokasi ITB berkenaan dan bertemu para peserta bertanyakan perkembangan pakej pelancongan dan promosi yang sudah dijalankan. Jika ada kemusyilan atau halangan, mereka akan bersama-sama berusaha untuk menyelesaikannya.

Muzammil Mardzuki sedang memberikan tunjuk ajar kepada peserta ITB Sarawak di Kuching tentang penggunaan platform promosi pelancongan secara digital.

Bagi Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis pula, bengkel ITB diadakan untuk memastikan para usahawan mendapat tempahan serta pendapatan dan mencatatkan keuntungan kerana itu adalah matlamat bengkel berkenaan.

“Dengan dana yang terhad, pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berusaha mengadakan program seumpama ini untuk menarik lebih ramai pengusaha pelancongan menceburkan diri dengan lebih aktif dalam dunia pelancongan dalam Malaysia atau inbound tourism.

“Saya dan para jurulatih akan pantau selepas ini untuk memastikan anda semua dapat tempahan, tingkatkan pendapatan dan seterusnya berjaya meningkatkan produktiviti serta memajukan industri pelancongan Malaysia,” katanya ketika berinteraksi dengan peserta ITB Sarawak di Kuching yang sedang berlangsung, semalam.

Speaker ITB Sarawak, Isvaran Ramasamy yang beri bimbingan terperinci tentang perkembangan baru industri pelancongan di negara ini.

ITB Sarawak bermula pada 24 Jun lalu mengumpulkan kira-kira 50 orang pemain penting industri dari pelbagai cabang, ada pemilik homestay, pemilik kenderaan pelancongan dan syarikat ejen pelancongan di bawah inisiatif Tourism Productivity Nexus (TPN).

Melalui jurulatih, mereka berinteraksi dengan peserta mereka didedahkan secara terperinci untuk membentuk pakej pelancongan yang baru dengan nilai-nilai yang lebih segar dan pengalaman baru untuk dipromosikan kepada pelancong.

Kemudian, para pengusaha diajar pula dengan terperinci menggunakan platform promosi digital pelancongan menggunakan internet dan telefon pintar untuk mempromosikan pakej berkenaan terus kepada pelancong atau golongan sasaran bukan menggunakan orang tengah seperti syarikat pelancongan seperti sebelum ini.

Muzammil berkata, jika mereka ada idea kreatif dan pakej yang menarik, ia boleh dipromosikan terus kepada pelancong dengan semua butiran termasuk harga memberikan kebebasan untuk pelancong memilih pakej kesukaan mereka.

“Oleh sebab itu, pakej yang dihasilkan oleh anda perlu berbeza dengan pengalaman unik tidak sama seperti pakej-pakej lain yang banyak di pasaran,” katanya.

Pada masa kini, penularan budaya yang dipanggil Free Independent Traveller (FIT) sudah semakin meluas di dunia di mana orang melancong dalam jumlah yang sedikit secara sendiri tidak mengambil pakej pelancongan yang disediakan ejen seperti sebelum ini.

“Jika kita tidak ambil kesempatan dan menerima perubahan ini, nesycaya pelancongan di Malaysia akan semakin ketinggalan dan kita akan tetap berada di takuk lama,” kata Muzammil.

Bukan sahaja membentuk pakej baru, peserta turut diberikan ilmu untuk membuat proses menentukan harga untuk aktiviti-aktiviti yang bakal ditawarkan di dalam pakej berkenaan turut diajar secara terperinci dan subjektif.

#MPC #MITA #tourismproductivitynexus #itbsarawak #kuching #visitmalaysia2020 #malaysiatrulyasia #travelmalaysia #travelsarawak #sarawak

Leave a Comment