Betul Ke Ada Unit Airbnb Yang Dipasang Kamera Tersembunyi Sekodeng Guest??

Kalau anda hendak pergi bercuti dan berniat hendak menginap di penginapan airbnb yang semakin popular sekarang, baik anda berhati-hati. Sudah ada kes pemilik unit penginapan airbnb yang meletakkan kamera tersembunyi untuk merakam video tetamu yang mungkin digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Satu kejadian didedahkan di laman sosial Twitter bahawa ada individu yang menginap di unit airbnb berkenaan telah mengetahui bahawa di dalam unit yang didiami ada kamera tersembunyi.

Difahamkan lokasi dan unit kediaman jenis apa untuk airbnb itu dirahsiakan dan tidak diberitahu.

“Semalam, dapat call dari guest airbnb kata ada jumpa camera dekat kipas.

“I jawablah i under hotel management so itu luar bidang kuasa i nak tolong apa-apa kan.

“So, i suggest dia call jmblah. Tadi abang cerita rupanya guest itu Polis dari France,” kata individu berkenaan yang dirahsiakan identitinya.

Dalam rangkaian Twitter berkenaan, tetamu berkenaan itu tahu alat berkenaan adalah kamera dan enggan menerima apabila pemilik airbnb itu hendak memulangkan semula wang yang dibayar oleh tetamu berkenaan.

“Dia bawa kes ke polis, now unit tu kena pangkah,” katanya.

Bagi kami dari awal kami ada kerisauan dan kebimbangan untuk daftar masuk dan menginap di airbnb kerana ia dimiliki secara peribadi dan mereka ada peluang dan ruang untuk meletakkan apa-apa gajet dan alatan lain untuk mengintip pergerakan tetamu.

Setahu kami, tidak ada peraturan khusus berkaitan pemeriksaan keselamatan dan hak peribadi dijalankan oleh pihak airbnb untuk memastikan aspek kerahsiaan dan hak privasi tetamu terjaga.

Kalau anda hendak menginap di airbnb, berhati-hatilah.

Sebab itu, sebab kami hidup di zaman old school selalu menginap untuk bercuti di hotel. Kami masih memilih hotel untuk menginap dan tidak akan memilih unit airbnb ekoran kebimbangan tentang aspek keselamatan ini.

Leave a Comment