ITB KL : Nama Pakej Dan Maklumat Mesti Menarik Menggamit Hati Pelancong Unntuk Ke Malaysia

Selain daripada pakej percutian yang hebat dan penuh dengan aktiviti yang memberikan pengalaman berharga kepada pelancong, nama serta ayat yang menggambarkan kehebatan pakej berkenaan juga perlu menarik dan unik untuk menggamit hati pelancong antarabangsa untuk memilih pakej berkenaan dan kemudian datang ke Malaysia untuk menikmatinya.

Dunia sekarang ini dilanda trend pelancongan dalam kumpulan kecil yang kurang dari 10 orang yang tidak lagi bergantung kepada syarikat pelancongan seperti masa sebelum ini tetapi memilih untuk mencari sendiri aktiviti yang mahu dilakukan ketika bercuti.

Mereka dikenali sebagai kumpulan Free Independent Traveller (FIT).

Mereka sendiri membeli tiket kapal terbang dan kemudian cuba menggunakan media sosial untuk mencari di mana lokasi yang menarik untuk dilawati atau apa pengalaman menarik yang hendak dirasai di negara yang dikunjungi.

Disebabkan itu, dalam program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 diterapkan modul tunjuk ajar kepada para pemain industri untuk pandai memberikan nama yang menarik dan menggamit hati sesiapa sahaja para pelancong yang membaca ayat penerangan yang menggambarkan tarikan pelancongan berkenaan.

Program ITB Kuala Lumpur dan Putrajaya baru selesai semalam selama tiga hari dan kira-kira 50 orang peserta telah diberikan tunjuk ajar secara efektif untuk menguasai ilmu itu.

Para peserta juga dilatih secara dekat dengan pemerhatian yang teliti untuk mendaftarkan diri dalam beberapa aplikasi perkongsian pakej pelancongan yang terkenal di dunia oleh para jurulatih program ITB supaya pakej-pakej menarik yang dihasilkan ketika program di Putrajaya berjaya dimuatnaik dan dipromosikan kepada pelancong di luar negara tentang Malaysia.

Untuk latihan aspek ini, dua jurulatih ITB yang bertanggungjawab ialah Muzammil Mardzuki dan Ahmad Najib Ahmad Ariffin yang mempunyai kepakaran dalam bidang pakej percutian dan aplikasi digital ini.

Menurut Ahmad Najib, dunia pantas berubah termasuk dunia pelancongan di mana semuanya menggunakan digital dan jika ia tidak dipelajari dan digunapakai mereka yang menolak arus perubahan akan ketinggalan hingga perniagaan mereka akan terjejas termasuk syarikat berkaitan pelancongan.

Beliau dalam interaksi beliau dengan peserta ITB selalu mengambil contoh cerita gelombang perubahan yang melanda pemandu teksi. Bagaimana kewujudan aplikasi online seperti Grab dan Uber dulu membuatkan pemandu teksi hampir di seluruh dunia semakin tidak diperlukan pada masa kini.

Jika aplikasi tidak efisien dan tidak memudahkan cara untuk orang lain menggunakannya aplikasi itu juga akan ketinggalan seperti yang berlaku kepada Uber yang akhirnya dibeli oleh Grab.

Pada program ITB Kuala Lumpur dan Putrajaya, Ahmad Najib menekankan pengajarannya dalam aspek pemberian nama yang menarik dan penggunaan ayat yang menarik untuk menerangan tentang pakej berkenaan.

Bagi Muzammil pula, beliau mempunyai ilmu dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi online untuk membentu pakej yang menarik dan menggunakan tajuk yang unik untuk menarik pelancong.

Pada ITB Kuala Lumpur dan Putrajaya, ia diadakan di Putrajaya iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan di sana juga terletaknya satu tarikan pelancongan yang bakal melonjakkan industri pelancongan di negara ini jika kena dengan cara dan teknik promosi yang betul.

Di Presint 14, terletaknya kilang mencetak Al-Quran Mushaf Malaysia iaitu Nasyrul Quran yang dimiliki oleh Yayasan Restu iaitu kilang mencetak kitab suci Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas yang terletak di Madinah, Arab Saudi.

Inilah keadaan dalaman ruang legar kilang Nasyruk Quran di Presint 14, Putrajaya kilang mencetak Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas sebuah lagi kilang di Madinah, Arab Saudi.

Kilang ini akan dipromosikan dalam pakej yang dihasilkan ketika program ITB di Putrajaya untuk bawa pelancong dari luar negara antara sasarannya ialah dari negara Indonesia dan mungkin dari negara lain untuk melihat bagaimana Al-Quran dicetak di negara ini.

Ruang pameran kilang Nasyrul Quran di Presint 14, Putrajaya.

Pelbagai pakej menarik berjaya dibentuk ketika program ITB di Putrajaya yang diadakan di bawah platform Tourism Productivity Nexus (TPN) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA).

#tourismproductivitynexus #mpc #mita #putrajaya #itbkualalumpur #visitmalaysia2020 #travelmalaysia #thinktourismacttourism

Leave a Comment