Jangan Biar Rahsia Pelancongan Terus Terpendam, Bongkarkan Semua Kepada Dunia

“Bongkarkan semua yang tersembunyi sebelum ini, tidak ada rahsia lagi,”

Itulah kata-kata Pengerusi Tourism Productivity Nexus (TPN) Uzaidi Udanis berkenaan produk pelancongan yang sebelum ini banyak di negeri-negeri di negara ini tetapi tersembunyi dan tidak dipopularkan untuk kunjungan pelancong.

Uzaidi berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 Kedah di Sungai Petani yang berakhir Rabu lepas.

“Kita hendak memaksimumkan apa yang kita ada sekarang ini, banyak yang telah lama kita terpendam dan sudah sampai masanya kita promosikan di pasaran antarabangsa,” kata Uzaidi.

Pengerusi TPN dan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) serta Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis

Negeri Kedah adalah sebuah negeri yang sedikit berbeza dari negeri-negeri lain yang menjadi lokasi ITB dianjurkan kerana di Kedah ITB dianjurkan sebanyak dua kali dengan kali pertama ia adalah edisi sulung ITB di Pulau Langkawi pada 29 hingga 31 Januari yang lalu.

Uzaidi yang juga Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) berkata negeri Kedah amat bertuah kerana dua kali dipilih sebagai negeri untuk diadakan bengkel intensif memperkasakan pelancongan ke dalam Malaysia itu dalam kalangan pengusaha industri berkenaan.

“ITB sebenarnya setiap negeri sekali, ada dua tiga negeri tak sempat kita nak buat sebab ada kekangan masa dan sebagainya, tapi negeri Kedah istimewa ada dua tempat kita (TPN) buat ITB, satu di Langkawi dan satu di Sungai Petani,” katanya.

Antara produk yang masih menjadi rahsia di negeri Kedah ialah tapak arkeologi Sungai Batu yang telah ditemui sebagai tapak atau tempat peleburan besi pada abad ke-3 hingga ke-5 Masihi terletak di Lembah Bujang.

Ramai yang terkejut dan tidak mengetahui tentang tapak arkeologi berkenaan yang boleh menerima pelawat dan mereka akan diterangkan tentang sejarah serta apa yang berlaku ketika zaman itu di mana lokasi itu dijadikan tempat untuk masyarakat berkenaan terdahulu meleburkan besi.

Para peserta bergambar di Tapak Arkeologi Sungai Batu iaitu satu tapak peleburan besi pada abad ke-3 hingga ke-5 Masihi di kawasan Lembah Bujang.

Selain itu, ada satu tempat yang sarat dengan tarikan pelancongan khususnya aktiviti air dan pantai iaitu daerah Yan. Yang sebelum ini dikatakan popular dalam kalangan orang tempatan di Kedah dan dalam Malaysia sahaja, kini sudah sampai masanya tarikan menarik seperti di Pulau Songsong dipromosikan ke peringkat antarabangsa.

Melalui peserta ITB Kedah Sungai Petani, dikatakan di Songsong juga sesuai dijadikan lokasi untuk aktiviti selam skuba.

Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Mahazi Ibrahim yang berucap menyempurnakan upacara penutup ITB itu pula berkata, produk pelancongan di negeri Kedah perlu diperhebatkan promosinya sehingga orang luar akan datang ke Kedah sendiri untuk menikmati pengalaman atau tarikan pelancongan berkenaan.

Beliau mengambil contoh, bagaimana negara terpaksa berusaha sebelum ini untuk mengeksport buah durian ke negara China untuk memenuhi keperluan negara China tetapi kini mereka berjaya diajak untuk datang ke Malaysia dan makan durian di sini.

Menurut Mahazi, ada usaha untuk dijalankan penyelidikan untuk menghasilkan durian yang tidak bermusim dan ada sepanjang tahun untuk dieksport tetapi ia melibatkan kos yang besar.

Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Mahazi Ibrahim

“Jika difikirkan balik, sejauh mana kita hendak labur modal hendak buat penyelidikan hendak mengatasi kejadian fitrah Allah ini hanya hendak memenuhi pasaran eksport kepada China.

“Jadi kita tukar, kalau hendak makan durian datang ke tempat kami (Kedah,” katanya.

Sebanyak enam pakej dengan pengalaman unik, berbeza dan segar meliputi kesemua 12 daerah di Kedah telah dihasilkan dan ia dipromosikan melalui platform pemasaran pelancongan digital seperti Tour Plus, Showaround, Malaysian Pass dan Airbnb Experience.

Kira-kira 50 orang pengusaha pelancongan dari sekitar Kedah diberikan tunjuk ajar oleh Jurulatih ITB untuk menggunakan platform-platform berkenaan.

Antara pakej yang menarik ialah The Lost World Of Baling di mana pelancong akan dibawa meneroka daerah Baling yang penuh dengan tarikan pelancongan berkaitan sejarah dan juga alam semulajadi.

Peserta Inbound Tourism Bootcamp 2019 Kedah menikmati buah durian pada pesta buah-buahan di Kampung Bujang ketika program lawatan tapak iaitu antara intipati program ITB 2019.

Program ITB dipacu oleh penggiat industri sendiri di bawah TPN dan ia dimudahcarakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan dikepalai oleh Uzaidi.

Ia bertujuan membantu para pengusaha pelancongan mengenalpasti masalah, menyelesaikannya dan meningkatkan produktiviti.

Selepas ini, ITB akan diadakan di Ipoh, Perak pada 29 Julai nanti.

#itbkedah #tourismproductivitynexus #mpc #mita #travelkedah #travelmalaysia #malaysiaproductivitymalaysia #drivingproductivityofthenation #thinktourismacttourism #travelblogger #mediaexpert

Leave a Comment