Min House Camp : Dari Hikmah Guna Nama Anak Kini Jadi Kunjungan Serata Dunia

Semakin lama kami jalan-jalan di sekitar negeri Kelantan Darul Naim ini, semakin kami tahu bahawa negeri Kelantan memang banyak kawasan pelancongan yang bertemakan kehidupan kampung dengan suasana alam yang damai dan hijau.

Anda tahu tentang Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian. Anda mungkin tak tahu tapi orang dari serata dunia dari macam-macam negara dah tahu dah pasal Min House Camp ini dan lokasi ini jadi persinggahan mereka selalu dan mereka akan tinggal berhari-hari.

Mereka mahu suasana hijau, senyap dan tenang di tepi sungai tanpa ada kedengaran hiruk-pikuk laluan kereta yang banyak.

Laluan masuk ke Min House Camp yang teduh dan redup dek banyaknya pokok rimbunan buluh di sini. Ia bagi memastikan Kelulut dapat hidup dengan selesa di sini.

Tak lama beberapa hari lepas, seorang pengembara berbasikal dari Sepanyol yang mengelilingi seluruh Semenanjung Malaysia berkunjung ke Min House Camp dan berehat untuk beberapa hari.

Keluar dari bilik penginapan, di bawah rimbunan pohon bunga dan buluh yang ditanam untuk memastikan Min House Camp sentiasa redup, berjalan pula sesekali melintasi sekawan itik dan ayam dan kemudian berehat di Anjung Makan yang dibina dari buluh dan melihat ke arah Sungai Pengkalan Datu yang sering jadi persinggahan pelbagai spesis burung-burung.

Itu belum lagi cerita orang entah dari mana-mana dan dari negara mana berbulan-bulan menginap di pusat peranginan tepi sungai ini sehingga menjadi sukarelawan membantu pihak pengurusan Min House Camp.

Tarikan utama di sini ialah Kelulut. Kelulut ini ialah sejenis serangga seperti lebah tetapi ia berbeza kerana ia tidak ada sengat. Kalau dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil stingless bee.

Ada beratus-ratus koloni Kelulut yang aktif hidup dengan selesa dan damai di sini. Menurut pemilik Min House Camp, Wan Noriah Wan Ramli kali terakhir dia mengira jumlah koloni di dalam Min House Camp, ada lebih dari 150 koloni yang aktif.

Lubang atau pintu masuk ke satu daripada koloni Kelulut yang ada di Min House Camp.

Pengurusan Min House Camp pernah menyertai program bengkel Inbound Tourism Bootcamp (ITB) Kelantan yang diadakan pada bulan Mac yang lalu di Kota Bharu.

Min House Camp ialah produk yang sudah dikenali bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di peringkat dunia. Ia akan menjadi produk pelancongan pertama di Kelantan yang menerima pensijilan dari Malaysia Tourism Excellence untuk menjadikan Min House Camp diiktiraf dalam industri pelancongan di negara ini.

Ada pelbagai program dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Min House Camp antaranya berkayak di Sungai Pengkalan Datu, melihat kelip-kelip di waktu malam, belajar memasak Onde-Onde atau buah melaka, menghasilkan kraftangan dari hasil tumbuhan, melawat galeri dan koloni Kelulut.

Paling menarik ialah anda kena menginap dalam unit-unit penginapan yang unik di Min House Camp untuk merasai betapa ketenangan menjadi pengalaman segala-galanya untuk dari pihak Min House Camp.

Kak Yah kiri sekali bersama suami Encik Zanini ketika mereka menerima lawatan dari Pendakwah Antarabangsa Zakir Naik ke Min House Camp sedikit masa lalu.

Nama Min House Camp diambil dari nama anak Wan Noriah atau lebih mesra dipanggil Kak Yah iaitu Abdul Muhaimin yang menghidap Sindrom Down.

Tempat ini pada mulanya dibina secara perlahan-lahan oleh Kak Yah oleh kerana kesukaannya kepada alam semula jadi dan kehijauan khususnya kehidupan dalam suasana dusun dan kebun buah-buahan kini menjadi tumpuan para penggemar pelancongan alam semula jadi dari pelbagai negara.

Betul apa yang diperkatakan orang-orang lama, kalau berbudi pada tanah dan melakukan sesuatu perbuatan dengan ikhlas ia pasti membuahkan hasil dan kesan yang baik bukan hanya pada Kak Yah sekeluarga malahan kepada semua orang yang pernah merasai pengalaman di Min House Camp.

Antara unit penginapan berupa bilik yang amat selesa di Min House Camp, di depan pintu bilik juga ada diletakkan kayu yang merupakan koloni Kelulut di dalam kawasan kem ini.

Kami sudah banyak kali berkunjung ke sini untuk mendapatkan bahan untuk artikel ini dan juga pernah menginap di sini. Anda memang rasa berat hendak meninggalkan Min House Camp sesudah sekali anda menjejakkan kaki ke sini dan tidur di sini.

Keluar dari bilik penginapan, di bawah rimbunan pohon bunga dan buluh yang ditanam untuk memastikan Min House Camp sentiasa redup, berjalan pula sesekali melintasi sekawan itik dan ayam dan kemudian berehat di Anjung Makan yang dibina dari buluh dan melihat ke arah Sungai Pengkalan Datu yang sering jadi persinggahan pelbagai spesis burung-burung.

Bukan nak kata kalau anda ada di Kubang Kerian, tetapi jika anda menggemari percutian di dalam suasana kampung datanglah ke Min House Camp dan cubalah satu daripada pengalaman atau aktiviti yang anda sukai dan anda akan benar-benar menikmatinya.

Min House Camp juga ada mengadakan program untuk kumpulan tertentu seperti pelajar tadika dan kumpulan besar seperti syarikat atau apa sahaja agensi serta organisasi.

Program Little Farmer Educational yang diadakan di Min House Camp untuk mendidik kanak-kanak tadika tentang alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan.

Anda boleh rujuk laman Facebook mereka di Min House Camp atau hubungi mereka di 013-922 5440 atau boleh terus sahaja Whatsapp mereka. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *