Pesakit Strok Ada Harapan Pulih Di Pusat Strok Jogo Health Yang Guna Teknologi Rangsangan Saraf

Jika anda diserang angin ahmar dan sekarang anda tidak boleh menggerakkan badan anda, anda tidak boleh berjalan atau tidak boleh menggerakkan anggota badan anda, ada usaha alternatif yang berbaloi untuk dicuba sungguh-sungguh dengan harapan kehidupan anda akan menjadi lebih baik.

Anda cuba datang ke Pusat Strok Jogo Health yang terletak di ibu negara yang menggunakan kaedah istimewa dan teknologi yang berbeza untuk memberikan rangsangan kepada otak dan saraf.

Di pusat ini, mereka menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menghasilkan rangsang itu supaya otak dapat mencari laluan baru dengan saraf baru yang tidak rosak akibat serangan angin ahmar sebelum itu. Dengan latihan fisioterapi yang diberikan secara berterusan dan penggunaan alat AI pesakit akan beransur-ansur pulih dan boleh kembali bergerak menggunakan anggota badan mereka.

Bawa ahli keluarga atau syorkan kepada rakan yang pernah terkena strok supaya datang dan dapatkan rawatan di Pusat Strok Jogo Health yang terletak di Pekeliling Business Center, off Jalan Pahang. Anda hubungi 018-776 1266, 016-212 1320 dan 03-4032 3853 untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut.

Seorang pesakit di Pusat Strok Jogo Health ini, Krishnamurthi Velayutham, 62 tahun, diserang strok pada tahun 2016. Sejak itu, beliau tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Bagaimanapun, selepas 11 kali berkunjung ke pusat strok ini, kini beliau sudah boleh berjalan semula tanpa memerlukan bantuan kerusi roda lagi.

Pada mulanya, Krishnamurthi berjalan menggunakan tongkat dan kini beliau sudah tidak lagi memerlukan tongkat.

Peranti AI yang dipasang memberikan rangsangan kepada otot dan saraf pesakit dan prestasi pemulihan serta kekuatan otot boleh dilihat secara grafik menggunakan tablet.
Krishnamurthi Velayutham, 62 tahun diserang strok 3 tahun lepas, selepas beberapa kali kunjungan beliau tidak lagi berjalan menggunakan kerusi roda, dikhabarkan sekarang beliau sudah berjalan dengan tidak menggunakan tongkat.

Kami tidak memberikan jaminan dan kepastian bahawa ia pasti berhasil cuma usaha yang anda lakukan dengan mengunjungi Pusat Strok memang berbaloi dan tidak rugi mencuba.

Untuk satu sesi rawatan di sini, harganya ialah dari RM130 hingga RM160 sahaja untuk satu sesi selama kira-kira satu setengah jam.

Kenapa tidak rugi, paling tidak anda akan menikmati ruang peribadi untuk anda ketika melakukan fisioterapi anda. Anda akan mendapat Ahli Fisio yang mesra, bilik fisio peribadi, ahli fisio peribadi dan penggunaan teknologi AI yang diperkenalkan di Amerika Syarikat.

Selain rawatan rehabilitasi strok, di Pusat Strok Jogo Health juga, anda boleh mendapatkan rawatan untuk masalah urat saraf, lemah pundi kencing bagi wanita atau urinary incontinence, mati pucuk dan masalah lutut.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Jogo Health Priya Simmi berkata pada awalnya mereka pergi sehingga ke India dan Amerika untuk mencari jalan apa yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit angin ahmar yang menderita.

Priyaa Simmi, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Strok Jogo Health.

“Jumlah pesakit strok di negara ini sentiasa bertambah dan kami mahu membantu mereka untuk kembali pulih dengan cepat dan mahu melihat mereka melakukan aktiviti normal seperti orang lain.

“Kami kemudian memenuhi satu alat sejenia biofeedback device yang boleh memberikan ransangan kepada otot dan saraf serta ia boleh dipaparkan dalam bentuk grafik yang menunjukkan fungsi otot para pesakit.

“Ini membolehkan pesakit nampak sendiri dan tahu bahawa otot mereka mula berfungsi apabila mula melakukan senaman fisioterapi,” katanya.

Menurut beliau, mereka turut menggunakan teknologi senaman manual bersama dengan teknologi moden dalam memberikan rawatan oleh ahli fisioterapi yang berpengalaman dan rawatan diberikan selama satu setengah jam.

Seorang lagi pesakit di Pusat Strok Jogo Health ialah Balan Ponuregan, 51 tahun yang berkerja sebagai pemandu lori diserang angin ahmar pada 26 Julai lalu dan sejak itu beliau tidak boleh berjalan dan tidak aktif. Selepas dua minggu di pusat berkenaan, Balah sudah boleh berjalan dan menjadi aktif kembali.

Balan Ponuregan kini sudah boleh berdiri hanya selepas dua minggu hadir mendapatkan rawatan di sini.

Isterinya Barathy Muniasamy, 50 tahun, berkata dengan menjalani fisioterapi di sini kini suaminya sudah kembali pulih dan kemajuan pemulihannya amat baik.

Bawa ahli keluarga atau syorkan kepada rakan yang pernah terkena strok supaya datang dan dapatkan rawatan di Pusat Strok Jogo Health yang terletak di Pekeliling Business Center, off Jalan Pahang. Anda hubungi 018-776 1266, 016-212 1320 dan 03-4032 3853 untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *