Promosikan Pakej Pelancongan Anda Di Vacamania, Lebih Mudah Dan Cepat Dapat Pelanggan

Kalau anda seorang pemilik produk tarikan pelancongan yang menarik dan ada pengalaman unik untuk anda tunjukkan kepada pelancong, anda mesti ada satu platform di media sosial atau internet untuk anda mempromosikan produk anda itu.

Walaupun begitu banyak platform yang ada sekarang, kebanyakannya mengenakan caj yang mahal untuk anda mengiklankan produk anda di portal mereka.

Bila cara menempahnya mudah, melancong pun jadi tak susah

Dalam negara sendiri, kini sudah ada satu portal yang lebih mempunyai ciri Malaysia, dengan matlamat mempromosikan produk pelancongan dalam negara khususnya dari pengusaha pelancongan tempatan sendiri, anda boleh iklankan produk anda di portal berkenaan dengan percuma sahaja.

Malaysia kini sudah ada Vacamania, sebuah portal tempahan pakej pelancongan serba menyeluruh, mudah, cepat dan semua pemilik produk pelancongan boleh mempromosikan pakej anda di portal ini.

Paparan portal vacamania.com untuk para pelanggan menempah pakej percutian pilihan mereka.

Apabila mempromosikan pakej produk pelancongan anda di portal berkenaan, anda akan diberikan satu sistem perbualan maya (chat) yang membolehkan penggiat industri pelancongan berinteraksi terus dengan orang yang berminat hendak menempah pakej pelancongan anda jika mereka ingin bertanya apa-apa tentang produk pelancongan anda.

Zaman sekarang, pada zaman internet semua orang meletakkan produk masing-masing di media sosial hatta mereka menjual ikan sekalipun sudah ada di media sosial.

Pengusaha jual ikan sudah pun ada membuat siaran langsung di media sosial Facebook untuk menjual ikan-ikan mereka.

Dengan portal Vacamania, semua jadi mudah dan ia disokong oleh Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dan mereka bekerjasama dengan Tourism Malaysia.

Prosesnya, anda hanya perlu menghubungi Vacamania dan nyatakan minat anda untuk mendaftarkan pakej anda untuk diletakkan untuk tempahan dan kemudian pelanggan anda boleh menempah terus pakej berkenaan terus dari portal Vacamania.com.

Apa sahaja pakej anda yang ada, semua boleh dipromosikan dan diletakkan di dalam portal berkenaan. Jika ada tarikan yang unik, produk anda akan berpotensi mendapat perhatian dan orang ramai untuk menempah pakej pelancongan anda di portal kelolaan Vacamania.

Ketua Pegawai Eksekutif Vacamania Muhammad Hazwani Ahmad berkata portal Vacamania boleh menyediakan banyak pakej pelancongan yang sedia ditempah oleh orang ramai serta pelancong ke semua destinasi di 14 buah negeri di Malaysia termasuk juga pakej pelancongan lasak (adventure tourism).

Dari pakej merasai pengalaman hidup cara budaya orang Malaysia di homestay seluruh negara ke pakej mengembara di dalam hutan mencari lokasi bunga Rafflesia, semuanya ada di Vacamania.

Pihak Vacamania mewujudkan portal berkenaan bertujuan untuk memudahkan para penggiat industri pelancongan di Malaysia menerima pelanggan dan memberikan satu pentas untuk penggemar aktiviti melancong menempah pakej mereka dengan mudah.

Bila cara menempahnya mudah, melancong pun jadi tak susah. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *