PKP : MEETING ONLINE, TIADA LAGI LEWAT KE MESYUARAT ATAU TERPERANGKAP DALAM TRAFIK

Semenjak negara kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) macam-macam normal baharu yang terpaksa kita lalui dan kita cuba sesuaikan diri antaranya penjarakan sosial, beli makanan hanya untuk take away, tidak keluar rumah dan banyak membeli barang secara atas talian.

Ada satu normal baharu yang baik terjadi sepanjang tempoh PKP ini yang berbeza iaitu tidak ada lagi masalah terlewat ke mesyuarat atau masalah terperangkap di dalam kesesakan trafik lagi.

Ketika PKP yang mula dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 yang lepas, sebilangan besar orang yang bekerja kini bekerja dari rumah, dan mesyuarat juga dibuat atas talian menggunakan pelbagai aplikasi Google, Zoom, Webinar, Facebook dan panggilan video Whatsapp.

Sesi webinar atau mesyuarat akan bermula tepat pada waktu yang ditetapkan dan semua yang terlibat sudah pun bersedia untuk memulakan sesi, ini satu normal baharu yang amat baik untuk semua.

Oleh itu, kerana semua orang yang bekerja ini sudah ada di rumah dan ada sambungan internet dengan kelajuan yang tinggi, jadi akses mereka untuk bermesyuarat amat dekat tak perlu hendak memandu jauh seawal Subuh melalui kesesakan lalu lintas untuk sampai ke pejabat sebelum mesyuarat.

Caranya, pakai baju yang elok sedikit, siap sediakan dokumen, dan dalam masa setengah jam sebelum mesyuarat bermula, sudah bersedia dah elok depan laptop dan telefon bimbit bersiap sedia.

Waktu untuk mesyuarat atas talian boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan semua yang menyertainya.

Kalau di pejabat, kadang-kadang sudah mula mesyuarat pun ada yang masih belum turun lagi ke bilik mesyuarat.

Pelbagai sektor kini giat menjalankan mesyuarat untuk memastikan operasi kerja dan urusan semua berjalan lancar.

Antara yang paling aktif ialah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang giat menjalankan pelbagai bentuk mesyuarat atas talian dan kebanyakannya untuk membantu para peniaga untuk terus bertahan dalam tempoh PKP ini.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Pihak MPC melalui platform Nexus mereka memberikan ilmu baru, khidmat nasihat serta kelas atas talian kepada para peniaga dan usahawan dari pelbagai sektor.

Antara yang paling aktif ialah platform Tourism Productivity Nexus (TPN) yang banyak menganjurkan sesi webinar untuk memberikan ilmu untuk membantu usahawan kembali bangkit selepas berakhirnya krisis wabak Covid-19.

Pihak TPN menganjurkan satu sesi yang dipanggil TPN Knowledge Enhancement Webinar Series (KEWS) dan semenjak PKP dilaksanakan mereka berjaya mengadakan 18 sesi webinar secara langsung.

TPN berjaya menganjurkan sidang maya pertama berkaitan industri pelancongan dengan disertai oleh lebih 2,000 orang.

Buat masa ini, TPN sedang menjalankan sesi khidmat nasihat secara maya iaitu TPN Virtual Advisory Clinic (T-VAC) untuk membantu enterprais pelancongan mikro, kecil dan sederhana dalam menangani masalah pengurusan kewangan, operasi perniagaan dan struktur industri.

MPC ada sembilan platform Nexus untuk peningkatan produktiviti dan pelancongan merupakan salah satu daripadanya. Lapan lagi ialah Agro-Food, Chemical and Chemical Products, ICT, Machinery and Equipment, Professional Services, Retail and Food & Beverage dan Private Healthcare.

Kesemuanya turut menganjurkan sesi atas talian untuk membantu usahawan berkaitan.

Sesi webinar atau mesyuarat akan bermula tepat pada waktu yang ditetapkan dan semua yang terlibat sudah pun bersedia untuk memulakan sesi, ini satu normal baharu yang amat baik untuk semua.

Di media sosial, banyak gambar dimuatnaik oleh orang ramai menunjukkan gambar mereka selepas bermesyuarat atas talian dengan macam-macam ragam.

Ketika PKP di negara ini, atau perintah berkurung yang dilaksanakan di negara lain, aplikasi komunikasi secara sidang video ini digunakan sepenuhnya untuk bekerja, bersosial dan melepaskan rindu dalam kalangan ahli keluarga.

PKP di negara ini baru sahaja diumumkan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020 nanti, selepas itu jika ia tamat hidup semua tidak akan serupa seperti dulu lagi, Banyak lagi normal baharu yang kita perlu ikut dan amalkan. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *