KITA HARUS SESUAIKAN DIRI HIDUP DENGAN COVID-19 SEPERTI KITA HIDUP DENGAN DEMAM DENGGI- DR JEMILAH

Kenyataan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri tentang Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bukan untuk menghapuskan Covid-19 di negara ini tetapi untuk meratakan keluk graf jangkitan dan kita berjaya. Kita telah berjaya melakukkanya untuk memastikan sistem perubatan kita kekal utuh dan mampun berdepan dengan pandemik berkenaan.
  • Sistem kesihatan kita kini mampu berdepan ujian. Alat bantuan pernafasan ada dan mencukupi. Kini kapasiti penggunaan hanya pada kadar 30 peratus dan kini Kementerian Kesihatan sudah mula memberikan cuti rehat kepada petugas barisan hadapan.
  • Covid dijangka tidak akan berakhir untuk dua tahun berikutnya. Sedikit sebanyak akan pasti ada peningkatan mendadak tetapi semua tak perlu panik tetapi kita akan lakukan pengesanan kontak, kuarantin dan rawatan dengan lebih agresif.
  • Di mana kawasan yang ada peningkatan jangkitan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi jangkitan secara terperinci boleh dilaksanakan segera.
  • Penguatkuasaan penting untuk memastikan orang ramai patuh. Kedua-duanya harus saling bekerjasama dari pihak kerajaan, diri sendiri secara individu, komuniti dan syarikat.
  • Pandemik boleh diatasi apabila keseluruhan masyarakat terlibat dan menjalankan peranan mereka. Jika anda ternampak sesuai laporkan segera kepada pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya.
  • Kesan terhadap ekonomi dan kesihatan mental adalah penting. Kita perlu bersatu menghadapi cabaran pahit berkaitan PKP dan Covid tetapi jika kita melaluinya bersama-sama dengan satu tujuan, kita boleh menang.
  • Normal baru ialah satu realiti. Banyakkanlah duduklah di rumah. Jaga jarak sosial dan pakailah penutup hidung dan mulut.
  • Kita perlu teruskan hidup bersama virus Covid, sama seperti kita hidup bersama-sama dengan demam denggi. Semua langkah pencegahan, saringan awal dan rawatan akan dilakukan dengan baik.
  • Paling awal, mungkin vaksin akan dapat dihasilkan tahun depan.
  • Jangan bandingkan Malaysia dengan Hokkaido. Apabila mereka membuka semula ekonomi, mereka tidak menjaga sempadan. Malaysia menjaga sempadan negara ini. Kita telah mengambil tindakan selangkah ke depan daripada apa yang dilakukan di Jepun dan kita mengambil pengajaran dari pengalaman mereka.

Laporan dari pakar perubatan China yang datang ke Malaysia menyatakan Malaysia sudah bersedia. Negara ini juga sudah pun memenuhi kriteria dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Saya menerima banyak persoalan adakah PKP diberi kelonggaran mungkin terlalu awal. Ini adalah maklumbalas saya dan anda mungkin hendak kongsikannya dengan keluarga dan rakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *