PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN DIGESA CARI TARIKAN PELANCONGAN UNIK, BERBEZA DAN ISTIMEWA

Usahawan sektor pelancongan di negara ini perlu mencipta semula produk pelancongan baru yang unik dan khusus (niche) kepada pasaran pelancongan khusus untuk berdepan suasana baru pelancongan dunia sekarang ini yang sedang berdepan ujian hebat jangkitan penyakit Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata negara ini memiliki banyak kisah istimewa tentang sejarah, muka bumi, budaya, peradaban dan manusia yang boleh diceritakan kepada pelancong kerana produk tumpuan di Malaysia mempunyai nilai pelancongan yang tinggi.

Bagi Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman pula, beliau amat berbangga dan berpuas hati dengan keupayaan pasukannya dibawah TPN kerana berjaya mengadakan 147 sesi klinik dalam masa dua minggu menggunakan aplikasi GoToMeeting sebagai medium perbincangan dengan para usahawan.

Ini adalah penganjuran pertama di bawah projek perintis T-VAC dan kini pendaftarannya telah dibuka semula.

“Cari satu pelancongan khusus, kerana kita tidak boleh lagi hanya menjual apa yang ada di depan mata. Cari satu tarikan yang anda mahu berikan fokus yang sesuai untuk pasaran untuk kumpulan khusus yang disasarkan.

“Kanvas industri pelancongan sudah berubah akibat Covid-18, produknya juga perlu sesuai dengan perubahan itu,” katanya dalam ucapan ketika sesi perasmian maya Klinik Nasihat Perniagaan Maya Tourism Productivity Nexus (T-VAC) pada 14 Mei lepas.

Sesi perasmian Klinik Khidmat Nasihat Perniagaan Tourism Productivity Nexus (TPN-VAC) pada 14 Mei 2020 oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Pada tarikh berkenaan program T-VAC yang digerakkan oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dilancarkan secara rasmi yang fungsinya untuk memberikan khidmat nasihat dengan memberikan idea yang boleh diambil oleh pengusaha pelancongan untuk pulih kembali kerana kini perniagaan mereka terjejas akibat Covid-19.

Datuk Seri Nancy juga mengajak para usahawan pelancongan untuk membentuk semula model pemasaran dan promosi produk pelancongan untuk lebih menekankan penggunaan teknologi moden seperti promosi secara atas talian.

“Platform media sosial seperti Facebook ads, platform digital kini mendapat perhatian dan amat berkesan untuk menjadikan promosi dan pemasaran lebih berkesan,” katanya.

Datuk Seri Nancy dalam sidang video bersama dengan para jemputan ketik sesi perasmian T-VAC pada 14 Mei lepas.

Beliau juga berharap para penggiat industri akan menggunakan teknologi seperti pemasaran atas talian, tempahan secara automatik, chatbot, sistem bayaran atas talian, sidang video dan kini melancong secara maya menggunakan aplikasi video yang bakal mengubah suasana melancong di peringkat global.

Sementara itu, Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis dalam ucapannya pula berkata T-VAC diwujudkan untuk memenuhi matlamat 5R untuk memulihkan kembali industri pelancongan iaitu “Reinvent product, Research Target Market, Remodel marketing and promotion, Ride on technology and Recalibrate the industy“.

Beliau yang juga Presiden Majlis Pelancongan Malaysia berkata sejak pendaftaran untuk T-VAC ditutup pada 19 April 2020, pihak TPN telah pun melaksanakan 147 sesi klinik T-VAC untuk para usahawan industri berkenaan yang mendaftar.

Uzaidi dalam ucapannya turut mengumumkan inisiatif pelancongan gaya baru iaitu My Virtual Experience (MyVXp) iaitu satu modul pelancongan baru yang mengikut normal baharu dunia pada waktu ini.

“Kita akan melakukan eksperimen dan belajar dari pengalaman ketika itu. Objektifnya ialah untuk membangunkan pengalaman melancong secara online.

BACA JUGA – Industri Pelancongan Tidak Boleh Duduk Diam, Kini Segera Gerakkan T-VAC Beri Nasihat Untuk Usahawan Bangkit

“Ia akan menjadi satu cara untuk memasarkan lokasi pelancongan di Malaysia,” katanya.

Bagi Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman pula, beliau amat berbangga dan berpuas hati dengan keupayaan pasukannya dibawah TPN kerana berjaya mengadakan 147 sesi klinik dalam masa dua minggu menggunakan aplikasi GoToMeeting sebagai medium perbincangan dengan para usahawan.

Ini adalah penganjuran pertama di bawah projek perintis T-VAC dan kini pendaftarannya telah dibuka semula.

“Kami mempelajari bahawa pemasaran secara digital adalah satu cara yang amat baik untuk digunakan untuk tujuan perbincangan di masa akan datang secara tidak langsung mendedahkan kepada pemain industri bahawa penggunaan teknologi seperti adalah penting untuk peningkatan produktiviti,” katanya. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *