DUA RAKYAT MALAYSIA DITERIMA MASUK UNIVERSITI HARVARD

Malaysia cipta kejayaan lagi. Kali ini dua orang rakyat negara ini bakal diterima untuk melanjutkan pengajian mereka di Universiti Harvard yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Mereka berdua ialah Mohamed Aqil Azmi dan Zad Chin Qi Qi bakal belajar di Sekolah Sarjana universiti itu yang memang sudah amat terkenal di dunia.

Kelab Harvard Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kedua-dua pelajar itu akan menjadi sebahagian daripada kelas Sarjana bagi tahun 2024.

Menurut kenyataan itu, Mohamed Aqil, 20, anak kelahiran Shah Alam, Selangor, bakal mengambil jurusan Matematik dan Falsafah, manakala Zad Chin, 20, pelajar perempuan dari Ipoh, Perak, merancang mengambil jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial.

BACA JUGA – Pakej Magical Kampung Baru Bawa Anda Jalan-Jalan Dan Anda Boleh Beli Rempeyek Paling Sedap Di Sana

“Kedua-dua pelajar pada masa ini sedang mengikuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor.

“Mohamed Aqil dan Zad Chin akan memulakan pengajian peringkat sarjana mereka apabila Kolej Harvard dibuka semula bagi tahun akademik yang baharu,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, terdapat sejumlah 40,248 permohonan untuk memasuki kelas pengajian Kolej Harvard bagi tahun 2024, namun hanya 1,980 pelajar diterima masuk dengan hanya 10.8 peratus pelajar antarabangsa.

Untuk rekod, kali terakhir pelajar Malaysia diterima masuk ke Kolej Harvard adalah pada 2017. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *