KITA HANYA DISURUH JANGAN BALIK KAMPUNG, BUKAN DISURUH PAKAI PPE BERJAM-JAM, SUSAH SANGAT KE NAK IKUT?

Ada sebilangan besar antara kita nampaknya sukar dan susah sangat hendak dengar kata biarpun keadaan sekeliling dalam keadaan yang amat mendesak pun kita masih degil terutamanya ketika satu dunia sedang dilanda wabak penyakit Covid-19 ini.

Tak perlu pergi jauh, kita hendak pakai penutup hidung dan mulut dalam masa dua tiga jam pun kita dah mula rimas, bayangkan para petugas barisan hadapan yang setiap hari terpaksa memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang hari, mereka tidak merungut pun malah mendidik diri mereka untuk terus tabah.

Kita apabila disuruh oleh kerajaan jangan balik kampung untuk berhari raya pun kita tak nak ikut. Kita tak sedar betapa besar risiko yang kita bawa balik ke kampung seandainya ada di antara kita sudah dijangkiti Covid-19.

Paling menakutkan, sudahlah jangkitan akan meningkat mendadak mungkin ribuan kes sehari dan kemudian warga emas pula beratus orang dijangkiti dan kematian yang berlaku mungkin pada angka ratusan setiap hari, paling merisaukan ialah apabila ia mencecah ribuan orang meninggal dunia.

Ketika sambutan Aidilfitri anda yang sudah dijangkiti tapi tak ada gejala seperti demam, batuk dan sesak nafas pun dengan rasa selamat memeluk serta mencium ibu bapa anda yang warga emas dengan rasa selamat walaupun mungkin anda mencuci tangan dengan hand sanitizer dan sebagainya.

Bayangkan bukan hanya satu rumah di luar banda yang melakukan perkara itu tetapi beribu rumah di seluruh negara kerana terlepas dari sekatan jalan raya untuk pulang ke kampung dan wujud kluster baru.

Paling menakutkan, sudahlah jangkitan akan meningkat mendadak mungkin ribuan kes sehari dan kemudian warga emas pula beratus orang dijangkiti dan kematian yang berlaku mungkin pada angka ratusan setiap hari, paling merisaukan ialah apabila ia mencecah ribuan orang meninggal dunia.

Kalau tak kasihankan para petugas frontliner, kasihankan ibu bapa anda di kampung, sanggupkah anda memperjudikan nyawa mereka??

Pada masa itu, kapasiti sistem kesihatan kita akan teruji dan mungkin tidak mampu untuk menampungnya dan tidak mampu untuk mengendalikannya.

Jumlah tenaga kerja petugas barisan hadapan dari jururawat, doktor, polis, tentera dan agensi lain juga mungkin tidak akan terdaya untuk mengendalikan kes setiap hari.

BACA JUGA – Kita Harus Sesuaikan Diri Hidup Dengan Covid-19 Seperti Kita Hidup Dengan Demam Denggi – Dr Jemilah

Anda lakukan peranan anda elak negara kita untuk menjadi seperti Sweden yang gagal melindungi warga emas mereka, jangan kita jadi seperti Itali yang turut terjejas dek perbuatan sama kerana balik kampung dan ramai warga emas dijangkiti.

Takut bila melihat gambar dan video di media sosial yang menunjukkan barisan kenderaan yang panjang di lebuh raya dan jalan-jalan keluar dari Lembah Kelang yang terdiri daripada mereka yang cuba untuk balik ke kampung.

Kita tak disuruh pun pakai PPE berjam-jam, kita disuruh jangan balik kampung sahaja dan beraya di dalam rumah, berhari raya lah di rumah, itu pun susah untuk kita lakukan. Elok kita duduk di dalam hutan sahaja di mana spesis yang bukan manusia itu duduk di sana. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *