SESI MYVXP MIN HOUSE CAMP BUAT PENONTON TERUJA MADU KELULUT DAN MAKAN LOKAN BAKAR

Satu tempat percutian yang sangat menarik dan unik di Kelantan kini mengorak langkah pantas ke hadapan dalam industri pelancongan apbila mereka berjaya mengadakan satu sesi pengalaman maya atas talian tentang keunikan tempat mereka melalui platform Malaysia Virtual Experience (MyVXp).

Program MyVXp digerakkan oleh Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk membolehkan usahawan pelancongan yang kehadiran pelancong dan pengunjung terjejas ketika wabak Covid-19 mereka di negara ini Malaysia sejak Januari dan Februari lalu.

Ia semakin teruk apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas yang melarang sama sekali pergerakan merentas negeri di seluruh negara.

Kata Nur Muhammad, beliau paling gemar makan Maggi Lokan kerana rasanya yang sedap dan berbeza

Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan yang selama ini menyajikan pengalaman yang amat istimewa menginap dalam kawasan yang tenang dengan suasana alam semulajadi kampung mempersembahkan sesi MyVXp pertama mereka pada 5 Jun lepas.

Selama satu jam Pengurus Min House Camp, Nur Muhammad Zanini melalui aplikasi GoToMeet bercerita berkongsi tentang Min House Camp dan pengalaman apabila berada di sana secara maya kepada kira-kira 30 orang hadirin yang turut mengikuti secara langsung.

Ada dua pengalaman istimewa yang paling menarik para hadirin ketika beliau menyampaikan sesi MyVXp iaitu pengalaman berkaitan Kelulut dan mencari lokan.

Nur Muhammad menerangkan tentang sarang Kelulut yang ada di Min House Camp dalam sesi Malaysia Virtual Experience (MyVXp) tentang Min House Camp.

Min House Camp sememangnya amat sinonim dengan Kelulut kerana ia Min House Camp menternak Kelulut secara besar-besaran di dalam kawasan kem mereka yang redup serta dipenuhi pokok-pokok bunga yang amat disukai oleh Kelulut.

Ia diusahakan oleh pemilik Min House Camp iaitu ibu kepada Nur Muhammad iaitu Wan Noriah Wan Ramli. Min House Camp turut mengeluarkan produk Madu Kelulut sendiri dengan nama Madu Lebah Kelulut Trigona Honey untuk dijual kepada orang ramai.

Wan Noriah kerap mengemaskini akaun Facebooknya dengan keunikan serta kekayaan bahan makanan asli serta buah-buahan yang ada di Min House Camp miliknya itu.

Di Min House Camp turut ada sebuah Galeri Kelulut yang mempamerkan pelbagai spesis lebah Kelulut dan serta maklumat berkaitan sejarah penternakan Kelulut di Min House Camp.

Selain itu, di sana juga popular dengan pengalaman mencari Lokan di dalam Sungai Pengkalan Datu yang hanya terletak di belakang Min House Camp sahaja. Menurut Nur Muhammad ketika MyVXp, sebelum ini tidak ada Lokan di kawasan kem tetapi mereka kemudian mengambil beberapa ekor Lokan dan meletakkannya di situ dan ia membiak.

Seorang Pemandu Pelancong dari Kelantan Norisham Nawi turut berada di Min House Camp ketika sesi MyVXp berkenaan dan beliau mencuba Lokan ketika berada di sana.

Menurut beliau, aktiviti mencari lokan boleh dilakukan berdekatan Min House Camp dan tidak perlu lagi pergi ke lokasi lain pada masa ini.

Para penonton sesi MyVXp bersama Min House Camp teruja melihat sesi Nur Muhammad membakar Lokan berkenaan serta memakannya selepas mencicahnya dengan sos kerana ia amat menyelerakan sekali.

Lokan ialah sejenis hidupan air seperti kepah dan kerang tetapi ia hanya boleh didapati di sekitar kawasan muara sungai berdekatan dengan laut dan rasanya seakan-akan seperti tiram.

BACA JUGA – Youtuber Indonesia Menangis Cemburu Dengan Kejayaan Malaysia

Kata Nur Muhammad, beliau paling gemar makan Maggi Lokan kerana rasanya yang sedap dan berbeza.

Program MyVXp, adalah program perkongsian produk atau sesuatu yang istimewa untuk orang ramai turut sama merasainya hanya di atas talian ketika krisis wabak Covid-19 ini masih belum berakhir sepenuhnya. Ia boleh dibuat dengan apa-apa sahaja elemen yang boleh dikongsikan dan program berkenaan diadakan secara interaktif.

Oleh itu, MyVXp tidak membuka program berkenaan kepada ramai orang untuk menjaga nilai eksklusif perkongsian di samping memberikan ruang yang baik untuk penonton bertanyakan soalan.

Selesai sesi MyVXp Min House Camp selama kira-kira satu jam, para penonton ramai yang sudah tidak sabar untuk membuat kunjungan ke sana. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *