TENTANG KAMI

Portal Sepatah Dua mula diwujudkan pada awal tahun 2020 sebagai satu portal berita atas talian yang unik dan berbeza.

Sepatah Dua tidak akan memaparkan kisah-kisah viral yang membuka aib orang lain atau yang menceritakan keburukan orang lain seperti kes artis bercerai, kemalangan ngeri, kisah viral rumah tangga orang lain atau perkara-perkara yang mengaibkan.

Pada awal tahun ini, Sepatah Dua dipilih sebagai media untuk platform Tourism Productivity Nexus (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk tujuan promosi industri pelancongan di negara ini khususnya produk-produk penggiat industri itu di dalam negara.

Oleh itu, Sepatah Dua akan memaparkan artikel dan liputan tentang pelancongan, makanan dan gaya hidup. Sepatah Dua juga tidak akan menulis tentang politik kecuali ia amat diperlukan untuk ditulis.

Sepatah Dua juga menyediakan perkhidmatan untuk mempromosikan perniagaan para pengunjung dan para pembaca melalui pentas media sosial Sepatah Dua yang lain iaitu di Facebook, Twitter dan Instagram.

Facebook kami ada kini ada kira-kira 8,129 Likes dan 8,358 Followers. Instagram kami dengan IG : @sepatahdua_my ada 1,877 Followers manakala Twitter kami @sepatahdua_my ada 6,269 Followers.

Kalau anda ingin Sepatah Dua membuat liputan khas perniagaan atau apa yang anda lakukan anda boleh menghubungi pasukan pengurusan Sepatah Dua Media di pautan ini (https://bit.ly/2yLUzQr) untuk perbincangan selanjutnya.

Terima kasih kepada anda jika anda berkunjung ke portal Sepatah Dua ini dan kami amat menghargai jika anda melayari artikel-artikel kami dan membaca keseluruhannya.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA KEPADA SEPATAH DUA