TOURISM PRODUCTIVITY NEXUS

Tourism Productivity Nexus (TPN) adalah satu ruang yang diwujudkan di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk mengadakan program khusus untuk meningkatkan produktiviti sektor pelancongan di Malaysia.

TPN merupakan satu Nexus Produktiviti daripada sembilan sektor di negara ini yang produktivitinya perlu diperbaiki ekoran ia masih tidak menepati prestasi produktiviti minimum dalam negara.

Oleh itu, TPN merangka program-program untuk pemain industri pelancongan seperti khusus, panduan, penarafan dan pensijilan untuk pemilik perniagaan bagi membantu mereka menjalankan operasi dengan peningkatan produktiviti yang tinggi.

Pada tahun lepas, TPN menganjurkan program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) di seluruh negara iaitu kursus khas kepada penggiat industri pelancongan ke dalam Malaysia atau inbound untuk memberi bimbingan kepada mereka tentang teknik baru pemasaran dan penggunaan internet sebagai medium pemasaran moden dalam produk pelancongan mereka.

Pihak MPC melantik Presiden Majlis Pelancongan Malaysia dan Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) sebagai Pengerusi yang dipanggil sebagai Champion Tourism Productivity Nexus sebagai peneraju utama dari golongan penggiat industri sendiri untuk membantu program peningkatan produktiviti TPN.

Video pelancaran MaTEx yang dikuasakan oleh Tourism Productivity Nexus (TPN).

Tahun lepas, TPN melancarkan program pengiktirafan perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) untuk sebagai penarafan kepada penggiat industri yang bertaraf kecil dan sederhana (SME) dalam sektor pelancongan dan sebanyak 112 syarikat berjaya diiktiraf menerima pensijilan MaTEx.

Untuk perkara atau maklumat perihal TPN, anda boleh layari halaman Facebook mereka di pautan ini : https://www.facebook.com/tourismproductivitynexus/