December 6, 2023

Si Comel Pipi Merah Siti Sudah Jadi Tumpuan Media Luar Negara

2 min read

Empat hari dah Datuk Seri Siti Nurhaliza jadi ibu selepas melahirkan anak melalui pembedahan. Anak artis tersohor pada zaman sekarang yang sana sini media sosial, apa sahaja perkembangan anak mereka akan dinanti-nantikan oleh para peminat mereka. Paling dinantikan ialah perubahan wajah si kecil.

Difahamkan posting terbaru yang dibuat Siti, ia telah terima 50,000 Like dan terima 500 komen, hanya dalam tempoh kurang setengah jam.

Posting itu menunjukkan gambar jari bayi comelnya itu memegang erat jari Siti. Dalam kapsyen yang ditulis oleh Siti, ia berbunyi “Selamat malam sayang ibu… #comelpipimerah tak sabar nak jumpa esok… #babyctdk,” tulisnya.

Kapsyen tersebut secara tidak langsung mendedahkan gelaran yang digunakan buat bayi yang diberi nama sementara Fatimah Az Zahra ini.

Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat rupa terkini Fatimah Az Zahra dan turut memuji jari jemari runcing miliknya. Berita kelahiran Fatimah Az Zahra bukan sahaja mendapat perhatian meluas di Malaysia, bahkan negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kalau ibunya sudah popular di luar negara terutamanya di Indonesia, apatah lagi perihal bayinya. Peminat di Indonesia kebanyakannya obses dengan artis yang diminatinya dan semua perkembangan akan diikuti sepanjang masa. Bayi Siti, si Fatimah Az Zahra sudah pasti akan popular dari masa bayi ni pun.

Di beberapa portal luar juga, apa sahaja berita berkaitan Siti Nurhaliza dan anaknya telah trending dan sering menjadi berita nombor satu popular.

Kebanyakan media luar juga tidak sabar untuk mengetahui nama dan wajah anak pasangan itu.

Kalau Fatimah Az Zahra ada akaun Instagram lepas ni, mungkin dalam masa beberapa hari sahaja peminat atau Followers nya akan mencecah 1 juta dalam jangka masa yang singkat. -SEPATAHDUA-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *