Tak Lama Lagi Mesti Kenduri Kahwin Pun Buat Pot Luck
1 min read
Kalau program Pot Luck ni biasa popular dibuat di pejabat dan di rumah saudara kalau tibanya sambutan perayaan. Kalau di Malaysia, ada juga majlis jamuan hari raya yang dibuat secara Pot Luck. Ada juga orang yang panggil program ini Mangkuk Rezeki. Orang ramai datang bawa makanan masing-masing kemudian kongsi makan sama-sama.
Ada kemungkinan tak satu hari nanti, Pot Luck ini akan dibuat untuk majlis kenduri kahwin. Adakah ia akan jadi program untuk kenduri yang nak berjimat atau orang yang berada pun akan buat juga gaya Pot Luck ini.
Ada sorang minah dengan akaun Twitter @AinaChantique tweet “Aku kahwin nanti potluck, nak datang bawak lah makanan sorang sikit…Yang nak makan pun korang, aku nak kahwin je,” katanya.
Begitu mudah kata si awek ini. Difahamkan, dia kena kecam dek kerana tweet itu kerana kalau buat Pot Luck untuk majlis berkahwin akan menyusahkan pula para tetamu yang hadir sebab kena fikir pula menu apa yang hendak dibawa untuk dimakan dekat majlis itu.
Sebenarnya, tidak mustahil sebab sudah ada persaingan pula tentang kenduri kahwin siapa yang hebat dan grand serta dapat kunjungan ramai. Macam-macam cara dilakukan. Antara yang popular ialah menu sampingan ketika kenduri. Ada tuan rumah sediakan aiskrim, cendol, bihun sup, apam balik dan yang paling popluar ialah kambing golek.
Admin serius nak sangat tengok kalau-kalau apa yang ditweet oleh jadi kenyataan iaitu, kenduri kahwin dibuat secara Pot Luck. Memang menarik dan excited. -SEPATAHDUA.MY-