December 6, 2023

Bila Si Ketam Melawan Guna Pisau, Gangster Habis!!

1 min read

Antara seafood yang sedap dan jadi pilihan kita kalau nak makan besar-besaran biasanya ialah ketam kan?? Masa hendak makan, tangan kotor terkena kuah dan jilat pula jari. Memang sedap. Makan pula ramai-ramai. Akan tetapi, tahukah korang? kalau tak kena tempat, ketam ini boleh melawan dan siap pakai pisau lagi hendak mempertahakan dirinya. Itupun kalau dia masih hidup lah.

Bayangkan korang tengah bersemangat waja nak siang ketam, tiba-tiba ketam tu mengamuk dan mula berdiri dan memegang pisau di tangan anda serta menghayun-hayunkannya ke arah korang. Mesti korang panik juga kan!! Itulah video VIRAL yang disiarkan dalam portal Astro Awani hari ini melalui video yang sudah VIRAL kira-kira seminggu lepas di luar negara.

https://youtu.be/r7cO0Nl5zBQ

Tengok ketam tu pegang pisau, betul-betul dia marah dan cuba mempertahankan dirinya daripada jadi mangsa oleh orang ingin memasaknya itu. Ketam tu siap melibas-libas pisau seakan-akan tahu apa fungsi pisau itu sebenarnya. Dalam video 30 saat itu, ketam itu bagaimanapun melepaskan pisau berkenaan dan kemudian mengangkat kedua-dua penyepitnya seakan-akan sudah menyerah kalah dan bersedia untuk dimasak.

Agaknya kalau awek-awek atau akak-akak yang mengalami keadaan begini bila tengah menyiang ketam, mesti dah menjerit dan panggil suami atau anak tolong setelkan ketam tu. Ingat ketam tu penakut!

Bukan seekor rupanya yang pernah pegang pisau dan cuba mempertahankan dirinya, banyak ketam rupanya dah tampil dalam video dan cuba mempertahankan diri macam yang disiarkan oleh Astro Awani tu. -SEPATAHDUA.MY-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *