Kem Kesihatan Warga Hutan Melintang Dapat Sambutan, Lebih 1,000 Orang Hadir

Dah dekat menjelang pilihan raya ni, mana-mana portal pun akan cerita bab pilihan raya. Admin pun rasa hendak tulis juga sikit-sikit sebab satu negara sudah mula rasa bahangnya, tambahan pula bendera dah dipasang merata-rata dah sekarang ini.

Bertempat di perkarangan Klinik Lagenda di daerah Hutan Melintang di Perak, pada 25 Mac iaitu Ahad lepas, ada satu program Kem Kesihatan Khas Untuk Warga Hutan Melintang diadakan bermula pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ia umpama satu berita yang viral diserbu oleh lebih 1,000 orang pengunjung kebanyakannya warga Hutan Melintang. Program diadakan oleh Datuk Ramesh Rao yang merupakan anak jati Hutan Melintang khusus untuk rakyat kawasan itu.

Untuk pengetahuan, Hutan Melintang ini terletak di bawah Parlimen Bagan Datuk, iaitu Parlimen yang diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ramesh, sebanyak 22 agensi kerajaan hadir pada program itu selain agensi dari Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan juga peniaga kecil yang mempromosikan produk mereka.

“Sambutan amat menggalakkan dari pertandingan merwarna kategori kanak-kanak pra-tadika hingga ke peringkat 12 tahun,” katanya.

Kerusi N54 Hutan Melintang jatuh ke tangan PKR pada PRU ke-12 dan kemudian berjaya PKR melalui wakil sama iaitu S Kesavan berjaya mengekalkan kerusi itu sekali lagi pada PRU ke-13. Menjelang PRU14 tidak lama lagi, PKR tidak akan diberi peluang lagi untuk menang di kawasan berkenaan.

Ramesh yang setia menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersama-sama Barisan Nasional (BN) bergerak dalam skala yang agak besar dan agresif di Hutan Melintang menyelesaikan banyak masalah penduduk sejak ADUN PKR mewakili mereka tanpa sebarang perubahan untuk masa depan.

Bemula dengan program mengisi petrol secara percuma, kemudian program kecantikan untuk wanita, program bual bicara isu semasa dan kemudian kem kesihatan untuk rakyat, beliau betul-betul membuktikan bahawa beliau anak jati Hutan Melintang yang bersedia berkhidmat untuk rakyat di sana.

Beliau turut komited bahawa jika BN menang dan kembali mewakili kerusi DUN berkenaan, program kem kesihatan itu akan diadakan sebanyak dua kali setahun.

Ramai yang hadir mengunjungi premis agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran dan yang paling penting mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang. Mereka boleh buat pemeriksaan Tekanan Darah, Glukosa Darah, BMI, Gigi dan ada Mamografi atau Mamogram khas untuk kaum wanita.

 

 

 

 

“Saya bersyukur dan berbangga kerana kejayaan menganjurkan program ini untuk manfaat dan faedah penduduk di sini.

“Program ini adalah satu usaha untuk membantu warga Hutan Melintang untuk menitikberatkan kesihatan dan ia adalah satu tanggungjawab untuk memastikan warga Hutan Melintang kekal hidup sihat malah dapat menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan dengan baik,” kata Ramesh. -SEPATAHDUA.MY-

Leave a Comment