September 24, 2023

Mamat Malaysia Menyesal Termakan Burger McD Di Australia Ada Daging Babi

1 min read

Seorang pemuda dipercayai berasal dari Malaysia dan kini menetap di Australia menyesal selepas membeli burger di restoran McDonald’s di negara itu selepas tanpa sengaja memakan burger yang diletakkan dagng babi.

Beliau dengan akaun Twitter @ElJohanSulaiman,pada mulanya berkongsi cerita tentang bagaimana dia keluar ke restoran McDonald’s dan kemudian membeli burger titu dengan rasa yakin tanpa sebarang curiga.

“So tadi aku keluar, singgah McD dan beli Wagyu Beef Burger. Tadi tak ada internet, so aku ambil gambar awal untuk up ke Twitter.

“Bila makan kunyah tu ada rasa pelik, rupanya ada babi… Niat nak riak so mendapat Tuhan bagi cash makan babi,” katanya menerusi laman Twitter miliknya itu.

Beliau yang menggelarkan dirinya El Joe mendapat respon yang begitu banyak daripada netizen kebanyakannya bersimpati dengan dirinya yang tanpa sedar memakan makanan yang mengandungi babi.

El Joe kemudian menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku kerana petugas McD di Australia itu tidak memaklumkan kepadanya tentang isi kandungan burger berkenaan yang ada diletakkan Bacon iaitu sejenis makanan berasaskan daging babi.

“Masalah lagi satu, cashier perempuan Indonesia bertudung. Kenapa tidak bagitahu burger yang saya pesan ada daging babi di dalamnya,” katanya.

Kebanyan netizen memberikan peringatan kepada El Joe supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang supaya tidak melakukan perkara yang sama kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *