Menu KFC Malaysia Cheezila Yang Bergetah… Aummmm
2 min read
Rasa burger Zinger Cheezilla yang baru dekat KFC tu memang sedap. Saya dah rasa dekat restoran KFC dekat Seri Kembangan, terus memikat hati. KFC dalam bab menu-menu baru ni mereka suka ambil risiko dengan meletakkan hidangan dengan saiz yang agak besar untuk kepuasan customer.
Bukan hendak kritik tapi pesaing KFC, McDonald’s kalau menu burger baru mesti saiz nampak sederhana tapi bila dipegang nampak kecik pulak. Memang tak puas dan tak berbaloi dengan harga yang mereka jual.
Tapi Cheezilla ini memang lain dari yang lain. KFC begitu banyak memperkenalkan menu baru berasaskan Zinger yang jadi killer menu diaorang dulu sebab ketulan isi ayam Spicy yang memang sedap, crunchy dan juga besar. Rakyat Malaysia sentiasa sukakan yang besar.
Menu kali ini sedap sebab patty Mozzarella cheese dia tu yang memang menyelerakan. Kalau hidangan berasaskan cheese Mozzarella ni dekat Malaysia, biasanya pizza lah kan. Apa yang korang suka sebenarnya? Mesti cairan cheese yang ibarat bergetah bila korang gigit pizza tu kan.
Itulah yang korang akan rasa bila gigit roti, Zinger dan patty cheese Mozzarella tu, dia akan keluar terus macam bila korang gigit Pizza. Sebab tu ramai yang teruja bila makan, Cheezilla ni. Kalau makan masa lunch dengan kawan-kawan memang sesuai sebab masing-masing boleh jadikan cheese yang keluar tu ibarat bahan lawak.
Korang borak-borak sambil gigit Cheezilla tu memang best. Menu Cheezilla ini antara yang terbaik selepas menu apa yang ada ayam hashbrown dikapit dua ketulan isi ayam Zinger tu. Yang tu memang legenda juga dalam menu-menu KFC istimewa yang pernah mereka hasilkan.
— KFCmalaysia (@KFCmalaysia) March 28, 2018
Kalau korang belum lagi rasa KFC Cheezila ini, better cepat makan sebab dengar kata menu yang best ini utk tempoh waktu terhad je kan??