October 3, 2023

Fiske Steakhouse Ada Menu Western Yang Anda Cari

1 min read

Kalau kita hendak cari lokasi menjamu selera keinginan makan menu Western, anda mesti cuba makan di Fiske Steakhouse (Fiske) di AU2, Keramat kerana ia mampu memuaska selera Western anda dan pada masa sama dengan harga berpatutan. Rasa masakannya yang memang lazat adalah sebab kenapa di premis ini, ia sentiasa penuh pada waktu malam.

Orang ramai pergi ke Fiske kerana di sana disediakan banyak pilihan menu. Dari hidangan Western daging, ayam, kambing dan ikan hingga ke hidangan pasta dan juga pelbagai jenis sup.

Kalau masa orang ramai, pesanan anda pun akan sampai cepat dan tidak memakan masa lama seperti di kedai makan yang lain. Kalau penuh, kena tunggu lama untuk dapatkan makanan yang anda pesan kerana tempoh memasak yang lama.

Hidangan ikan Salmon yang saya order… Memang sedap!!

Jika anda hendak sambut hari yang istimewa seperti hari lahir pun boleh kerana ada disediakan pelbagai jenis kek. Siap ada lagu Selamat Hari Jadi’ dan ‘Allah Selamatkan Kamu’ lagi.

Menu yang popular di Fiske ini adalah hidangan Western berasaskan kambing atau Lamb dan juga masakan asam pedasnya yang memang amat menyelerakan.

Bagi yang gemar makan Waffle, di sini juga memang ada dan sedap.

Kalau hendak tahu lokasinya, ia terletak berdekatan dengan kilang Texas Instruments dan di hadapan pejabat Sapura di AU2.

Anda pergi dahulu dan cuba sebab pasti anda tidak akan menyesal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *