Peserta AF 2016, Emy Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya

Kalau sudah ajal… Seorang bekas peserta program realiti terbitan Astro Akademi Fantasia (AF) musim 2016 meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17.8 Jalan Tampruli-Ranau di Tuaran tengah hari semalam.

Peserta berkenaan yang dikenali sebagai Emy atau Zahrul Hilmi Badrul Hisham, 25 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Dzulbaharin Ismail menurut laporan portal Mstar Online pemandu lori berusia 55 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu sebelum bertembung dengan motosikal milik Emy berdekatan Kampung Kelawat.

“Mangsa sedang menaiki bukit dari Tamparuli sebelum motosikalnya hilang kawalan.

“Motosikalnya tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai memandu secara berbahaya bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Emy adalah peserta AF musim ke-13 pada 2016.

Zahrul Hilmi Badrul Hisham, 25 tahun.

Marilah kita sedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Emy.

Leave a Comment