Perempuan Itu Cantik, Kita Lupa Bahawa Islam Itu Lebih Indah
2 min read
Zaman sekarang, perempuan cantik memang laku. Mereka juga sudah semakin ramai memandangkan produk kecantikan sudah semakin mudah didapati dan begitu banyak dihasilkan. Kalau dekat media sosial, macam-macam iklan produk kecantikan ada. Ada yang murah dan ada yang mahal.
Lelaki pula cari perempuan cantik untuk dijadikan teman. Ada yang cari untuk tujuan teman suka-suka, teman tapi mesra, teman hidup, malahan teman yang untuk sentuh-sentuh, geli-geli pun ada. Pendek kata, kalau seorang perempuan tu ada akaun media sosial, biasanya memang akan dapat request dari lelaki memang banyak, beratus-ratus.
Kemudian, lelaki yang sudah ada teman wanita pula, akan puji temannya di media sosial dengan muat naik gambar selalu. Gambar itu pula mesti diselang-seli dengan kata-kata pujian.
“Awak ni cantik sangatlahh, saya rindu,” contoh begitu.
“Bertuahnya i ada u, u cantik tau,” satu lagi contoh.
Tapi, kita asyik nak kejar kecantikan wanita yang takkan kekal lama sampai kita lupa dengan satu perkara yang sentiasa lebih indah dari semua perkara. Kita sering lupa dengan agama yang kita anuti iaitu agama Islam. Islam itu indah tapi kita jarang sekali hendak kejar bersungguh-sungguh.
Sekali sekala waktu kita ke surau atau masjid tu, kita mesti rasa tenang kan bila duduk dengar bacaan ayat Al-Quran tu. Bagaimanapun, kita sering terpengaruh dengan nafsu dan godaan syaitan dalam diri kita sampai kita pilih juga awek yang cantik tu. Kita lupa dengan Islam sebab terlalu mengejar dunia.
Walaupun hati tahu Islam lebih indah, tapi kita akan gagal juga dan akan kejar kecantikan dunia sebab kita boleh tengok dan kita boleh rasa. Islam yang indah itu kita tak boleh rasa tapi ada, ganjaran untuk kita ada di akhirat nanti, Jadi, saya pesan kepada korang dan diri saya sendiri.
Perempuan itu Allah cipta untuk jadi pasangan lelaki, bukan untuk lupakan terus siapa yang sebenarnya indah. Ingatlah, walau macam mana pun, Islam itu tetap lebih indah.