Hendak Mula Belajar Berniaga, Sertai Coway Malaysia Kerana Memang Berbaloi

Kalau korang sedang mencari kerja selepas hilang kerja, atau masih muda selepas study dan nak cari kerja yang boleh buat pendapatan ikut suka hati korang, maksudnya boleh menjana sendiri jumlah pendapatan korang, jadikan Health Planner dengan Coway Malaysia.

Semalam, di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur Health Manager Coway Malaysia, Nor Fatin Syakila Rosli memberikan penerangan dan membuka jalan kepada mereka yang hendak menceburi bidang perniagaan memulakan niat mereka dengan Coway Malaysia.

Paling berbaloi ialah permulaannya ialah kerana anda hanya perlu membayar RM120 sahaja untuk seumur hidup dan anda sudah boleh mula berniaga.

Kemudian, anda tak payah hendak promosikan pelan pemasaran macam syarikat jualan langsung yang ada di dalam negara yang mengamalkan sistem MLM. Mereka ada produk tapi mahu orang ramai menjual pelan pemasaran supaya mendapat keuntungan dan wang yang lebih.

Di Coway, menurut Nor Fatin Syakila yang lebih mesra dikenali dengan nama Kak Fatin, orang yang menjadi Health Planner memang hanya perlu menjual produk tanpa perlu memikirkan perkhidmatan selepas jualan yang semuanya akan diuruskan oleh Coway Malaysia.

Selain itu, Kak Fatin berkata anda sebagai Health Planner kebanyakannya digalakkan mempromosikan pelbagai produk Coway dengan harga sewa bulanan yang rendah berbanding dibeli dengan tunai yang agak mahal kerana ganjaran komisyen yang akan diterima oleh Health Planner dalam masa yang lebih panjang.

Bukan itu sahaja, Coway memberikan banyak galakan untuk orang baru mendapatkan jualan produk Coway untuk memastikan mereka kekal bersemangat meneruskan jualan produk itu. Secara mudahnya, Coway Malaysia tidak gemar orang baru patah semangat dalam menceburi perniagaan jualan produk Coway.

Kira-kira 30 orang hadir pada majlis taklimat oleh Kak Fatin malam tadi. Pendapat Kak Fatin sendiri sudah mencecah lima angka dengan semangat jati diri yang kuat.

“Seseorang itu yang mahu berjaya dalam Coway, mereka kena ada sifat Mahu Belajar, Boleh Diajar dan Boleh Ditegur,” katanya malam tadi.

Kak Fatin turut menyampaikan taklimat berkenaan bersama suaminya, Muhammad Alif Imran Ibrahim yang juga menyertai Coway selepas melihat kejayaan Kak Fatin mendapat pendapatan yang agak lumayan menyertai syarikat yang sudah 30 tahun berasal dari Korea Selatan itu.

Leave a Comment