September 24, 2023

Suka-Suka Hati Tukar Saiz Dalam Filem Ant-Man And The Wasp

1 min read

Kalau anda hendak rasa bergilir-gilir rasa lucu dan saspen ketika menonton wayang, filem Ant-Man And The Wasp adalah pilihan yang paling tepat. Kalau dalam ulasan sebelum ini melibatkan filem The Incredibles II, ia adalah satu filem animasi yang sepenuhnya, bagaimana pun Ant-Man And The Wasp adalah filem fiksyen yang kelakar dan penuh aksi.

Kisahnya ialah watak Scott Lang iaitu Ant-Man mengalami konflik antara menjadi seorang adiwira atau seorang bapa. Dia dikenakan tahanan rumah selama dua tahun kerana kesalahannya bersama-sama dengan Captain America dalam filem sebelum ini.

Konfliknya ialah apabila Scott terpaksa menjadi Ant-Man semula bersama Wasp untuk membantu watak Hope Van Dyne dan Dr Hank Pym mendapatkan semula Michelle Pfeiffer sebagai Janet iaitu emak kepada Hope.

Proses penggambaran yang membolehkan kereta dan pejabat bertukar saiz secara tiba-tiba benar-benar menarik perhatian. Sesuka hati, mengecilkan kereta untuk memperdayakan kereta penjahat dan sesuka hati mengecilkan saiz bangunan untuk membawa makmal mereka menjalankan penyelidikan berkaitan ruang kuantum ke mana-mana.

Masalah Scott yang dilakonkan oleh Paul Rudd begitu kelakar apabila pakaian adiwiranya mengalami masalah untuk menjadi kecil dan besar. Orang ramai jadi ketawa melihatkan masalah yang dialami oleh Scott sampai ada satu masa lori dijadikan Scott umpama seperti papan lungsur atau skate board.

Kalau hendak gelak dan rasa kagum dengan aksi pada masa sama, filem ini adalah yang terbaik, bawa anak-anak sekali sebab kalau gelak sama-sama memang tak membosankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *