Dwayne Johnson Sudah Hampir Setaraf Tom Cruise
2 min read
Pelakon Dwayne Johnson yang juga wrestler The Rock sudah semakin meningkat naik namanya setaraf dengan pelakon hebat sekuel Mission Impposible, Tom Cruise apabila semakin banyak berlakon filem dengan bermacam-macam genre dan jenis.
Dari segi bentuk badan, Dwayne memang jauh berbeza dengan lebih sasa dan kuat berbanding Cruise. Tapi kebolehan berlakon pelbagai watak membuatkan mereka semakin terkenal hari demi hari. Apabila di tahap itu, asal berlakon saja, filem itu akan meletup jadi filem Blockbuster atau pecah panggung.
Itulah pendapat saya untuk filem Skycrapper lakonan Dwayne yang betul-betul mencabar debaran para penonton yang melihat filem ini di pawagam. Dengan memegang watak sebagai bekas anggota Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, sudah pasti aksi yang dilakonkan oleh beliau memang penuh mendebarkan. Jaga-jaga anda mungkin akan gayat tengok cerita ini walaupun duduk melekat di atas kerusi dalam panggung.
Markah Saya Untuk Skyscrapper
Jalan Cerita : 8/10
Aksi : 9/10
Skrip : 8/10
Plot Cerita : 8/10
Lakonan : 9/10
Dalam filem ini, The Rock ada syarikat yang menyediakan sistem keselamatan bangunan termasuk sistem anti kebakaran. Dia dapat job besar sediakan dan menyelia sistem bangunan tertinggi di dunia pada masa itu iaitu The Pearl yang memang nampak hebat dalam filem ini. Ada mutiara di puncak bangunan pada yang setinggi 220 tingkat.
Ada orang dengki dengan orang kaya Zhao yang dilakonkan oleh Ng Chin Han yang memiliki The Pearl sudah membuat kerja khianat dengan membakar The Pearl dengan niat untuk mendapatkan satu hard drive yang ada menyimpan maklumat berkaitan penggubahan wang haram.
Antara aksi yang boleh dilihat ialah The Rock menggunakan kren yang tinggi untuk cuba masuk dari bangunan sebelah ke dalam bangunan The Pearl yang sedang marak dijilat api.
Hollywood tetap hebat dalam menarik mood penonton walaupun The Rock berlakon kebanyakannya di depan layar hijau kerana menggunakan CGI untuk memperlihatkan bangunan The Pearl berkenaan. Bagi saya, saya suka tengok gigi The Rock sebab gigi dia cantik. Skyscrapper adalah antara filem yang saya boleh cadangkan untuk anda pergi tonton berkali-kali kalau anda kaki wayang.