Ikan Patin Boleh Dianggap Ibarat Ikan Salmon Di Malaysia
1 min read
Ikan Patin yang popular sangat dekat Temerloh ada yang gelarkan dia sebagai Ikan Salmon Malaysia. Bukan kerana kitaran hidupnya yang macam Ikan Salmon tapi keunikan rupa dan rasanya serta tempat ia banyak boleh ditemui iaitu di Temerloh, Pahang.
Biasanya, emak-emak masak Ikan Patin akan buat Masak Tempoyak dan digoreng. Ada yang cuba buat secara pan fried dgn mentega dan hasilnya memang sedap. Biasanya, Ikan Salmon orang akan pan fried macam gitu, bahagian skin di bawah supaya kulitnya jadi crispy.
Ikan Patin ni pun sebenarnya jenis lambat masak sebab body mereka yang tegap kerana hidup di sungai yang luas dan kerap berenang. Jadi, kalau korang hendak try bakar Ikan Patin yang sedap ni, kena pan fried dia lama sikit supaya ia betul-betul masak dengan elok. Kalau boleh fried kan sikit bahagian skin dia, bagi rangup, sedap.
Dalam artikel oleh Antara News dari Indonesia pada 11 April 2013 menyatakan bahawa dalam abdomen Ikan Patin terdapat banyak kandungan Omega 3 iaitu lemak yang baik yang biasanya terdapat dalam Ikan Salmon, Ikan Tuna dan Ikan Sardin. Dari segi fakta, kandungan lemak Omega 3 dalam Ikan Patin adalah kira-kira 2.55 peratus.
Ikan Patin ini ada isi yang lembut dan sedap. Sebab itu ramai yang suka makan Ikan Patin sampai sanggup datang jauh untuk menikmatinya. Kalau dari blog umpan.my pula, Ikan Patin ada kandungan gizi atau khasiat yang tinggi. Ia mengandungi kandungan protein dan lemak tidak tepu yang sangat tinggi.