Peminat Kumpulan KPOP TWICE Berkumpul Di KLIA Ucap Selamat Tinggal

Kumpulan TWICE dari Korea Selatan dikatakan kecewa dan menangis sebab terharu terhadap sokongan yang diberikan oleh para peminat mereka di Malaysia selepas konsert mereka kali pertama di negara ini dibatalkan.

Mereka mengalirkan air mata kepada peminat mereka yang berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Kumpulan yang dianggotai gadis-gadis cantik dari Korea itu berlepas pulang ke Seoul, selepas konsert berkenaan yang bertajuk “TWICELAND ZONE 2 : Fantasy Park in Kuala Lumpur yang sepatutnya diadakan pada Khamis dibatalkan atas faktor keselamatan.

Peminat-peminat TWICE walaupun tak puas hati, mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai ONCE berkumpul di KLIA untuk menunjukkan sokongan kepada kumpulan itu dan mengucapkan selamat tinggal.

TWICE yang melalui kawasan menunggu sempat meluangkan masa melambai ke arah peminat yang menunggu kehadiran mereka sehingga ada di antara mereka menitiskan air mata kerana terharu dengan sokongan peminat, memetik laporan portal Mstar Online.

Mereka juga dilihat menyarungkan kain batik dibahu mereka dipercayai hadiah daripada peminat setia kumpulan itu.

Kumpulan itu turut memuat naik video ucapan kepada peminat di Instagram berbunyi; Jumpa lagi Malaysia!

TWICE dianggotai oleh Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu.

Ditubuhkan pada 2015 dan popular dengan lagu hit termasuk TT, What Is Love, Likey, Heart Shaker, Dance The Night Away, Candy Pop, Knock Knock, Signal, Like Ooh Ahh dan banyak lagi.

Leave a Comment