Dunia Semakin Moden, Kini Ketiak Pun Jadi Billboard Iklan

Apabila segenap ruang dan lokasi di dunia ini sudah semakin mengecil dan terhad. Orang akan mula mencari cara dan idea baru untuk menarik perhatian orang lain. Sebuah syarikat pengiklanan di negara Jepun kini sudah mula guna bahagian ketiak wanita yang cantik sebagao ruang iklan.

Pelanggan pertama syarikat pengiklanan itu ialah sebuah klinik rawatan kecantikan.

Nama company iklan ini ialah Wakino yang diambil dari perkataan bahasa Jepun ‘Waki’ yang membawa maksud ketiak. Ia ditubuhkan pada awal tahun ini.

Kalau tengok dekat laman web Wakino, iklan ketiak ini ada pelbagai bentuk, ada iklan empat segi, warna-warni dan berukuran hanya dua hingga empat inci.

Harganya ialah ¥10,000 (RM365) satu jam.

Cara iklan ini ditayangkan kepada orang ramai ialah apabila wanita cantik ini menunjukkan ketiaknya ketika bergayut di tempat pemegang yang disediakan di dalam kereta api.

Memetik laporan Telegraph UK, Klinik Seishing Biyo menjadi antara yang terawal untuk mencuba teknik pemasaran itu bagi memperkenalkan khidmat klinik tersebut.

Klinik berkenaan menawarkan servis pembuangan bulu ketiak yang tidak menyakitkan.

Agensi pengiklanan itu mencari lebih ramai model ketiak termasuk model lelaki.

Syarikat itu turut mengumumkan untuk menganjurkan pertandingan kecantikan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, kempen iklan pelik itu mungkin terpaksa direhatkan seketika memandangkan golongan wanita akan menutup ketiak mereka apabila musim luruh tiba tidak lama lagi.

Leave a Comment