Lapan Orang Lelaki Didakwa Telah Rogol Seekor Kambing Sampai Mati

Dekat India, lapan orang lelaki didakwa melakukan perbuatan rogol ke atas seekor kambing sehingga haiwan yang jadi mangsa itu mati.

Daripada laporan-laporan media luar negara, kejadian gila dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di Haryana, daerah Mewat, India.

Kambing itu adalah kambing yang dicari-cari apabila ia hilang, tetapi ia dijumpai sudah mati apabila bangkainya dijumpai. Pemilik kambing malang itu sudah membuat laporan polis pada 26 Julai lepas.

Pegawai polis di daerah itu, Nagina Rajbir Singh mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai laporan itu.

Namun, semua tertuduh sudah melarikan diri dan pemeriksaan ke atas bangkai kambing akan dilakukan bagi melengkapkan siasatan, memetik sumber India Today.

Menerusi laporan yang dibuat, lelaki itu mendakwa kambing peliharaannya dirogol secara berkumpulan pada malam 25 Julai lalu.

Dalam laporan itu juga, dia menamakan tiga lelaki iaitu Savakar, Haroon dan Jaffar serta lima lagi individu yang belum dikenal pasti sebagai perogol kambing peliharaannya.

Leave a Comment