December 6, 2023

Banjaran Sendayu Tempat Yang Tenang Dan Sejuk Untuk Keluarga

2 min read

Jaraknya lokasi istimewa ini dari pusat bandar Kuala Lumpur hanya 20km. Inilah sebuah lokasi yang dikenali sebagai Banjaran Sendayu.

Dengan keluasan 20 ekar Banjaran Sendayu ialah kawasan rekreasi untuk aktiviti riadah keluarga. Paling sesuai ialah untuk aktiviti mandi manda di kawasan jeram yang airnya sejuk dan dingin serta bersih. Kawasan Banjaran Sendayu juga paling sesuai untuk program Team Building company, badan NGO atau untuk program bina jati diri pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau murid sekolah.

Ia diuruskan oleh Muhammad Irwan dan ia lengkap dengan kemudahan asas. Ada juga chalet tempat kediaman, ada surau dan ada kemudahan untuk buat macam-macam program.

Saya sempat menemui Muhammad Irwan meninjau kawasan Banjaran Sendayu dan memang berpuas hati dengan keindahan dan ketenangannya.

Apa yang istimewanya, ialah di kawasan jeramnya yang bersih dan jernih, setiap peringkat kawasan jeram penuh didiami ikan yang berenang bebas. Saya tak pasti ia ikan jenis apa tapi memang banyak ikan di kawasan jeram berkenaan.

Dekat sana, pengurus kem berkenaan memaklumkan yang memang ramai yang datang untuk memancing di kawasan itu. Kalau letak kaki dekat dalam air tu, ikan-ikan tu akan gigit kaki kita dan anda akan rasa geli2 sikit.

Pintu gerbang masuk ke Banjaran Sendayu.

Bentang tikar dan lepak, terus asyikkkk!!

Anda jika ada masa yang lapang pada bila-bila masa dan weekend boleh hadir ke Kem Banjaran Sendayu mandi-manda dengan famili. Kemudahan surau dan toilet pun ada untuk anda salin-salin baju.

Ikut laluan Gombak lama, lepas dari kawasan Hospital Orang Asli anda akan nampak papan tanda Alang Sedayu dan masuk simpang berkenaan. Jalan masuk agak ke dalam sikit tapi jika pandu elok2 boleh sampai ke Banjaran Sendayu dan nikmati semua ketenangannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *