June 1, 2023

Adakah Wanita Itu Perlu Dipujuk Atau Dibiar Sendiri Tenangkan Hati?

2 min read

Sebagai wanita yang pada pandangan umum dianggap sebagai kaum yang lemah, adakah sebenarnya mereka suka dipujuk oleh orang yang mereka sayang atau sebaliknya. Pada pendapat saya, sebagai wanita, tidak kira diri dia kasar macam mana sekalipun, dia mesti suka dipujuk cuma keadaan sekeliling dan sejarah hidupnya yang menentukan sikap wanita itu.

Ada segelintir yang kalau ada masalah macam sentap ke, merajuk ke, tak suka dipujuk oleh sesiapa hatta kawan baik sendiri pun. Mereka tak suka dipujuk oleh kekasih dan juga tak suka dipujuk oleh ahli keluarga.

Mereka suka diberikan masa dengan diri sendiri bermuhasabah, mencari ketenangan sendiri dan memujuk hati sendiri. Ada ketikanya, ia akan mengambil masa yang lama, ada ketikanya sekejap sahaja dan ada kalanya sesetengah wanita mengambil masa berhari-hari untuk memujuk hati.

Bagi pasangan si wanita, bukan tidak mahu berikan masa untuk si dia memujuk hati tapi risau apabila masa begitu lama diambil dan kedua-duanya tidak bercakap serta berkomunikasi.

Dalam hal hubungan cinta dan kasih sayang, lelaki tidak boleh tidak kena ambil peranan untuk mempunyai kesabaran yang begitu kuat tahap maksimum. Betapa si perempuan moody atau merajuk mahupun sentap, si lelaki kena sabar dan bertoleransi kerana wanita sememangnya mudah berubah-ubah mood dan jadi sentap secara tiba-tiba.

Kena kuat semangat, berikan masa untuk wanita tenangkan hati sendiri. Bagaimanapun, jangan berhenti atau tidak memujuk langsung. Wanita semua hendak dipujuk tetapi lelaki harus tahu memahami dan jangan menilai bagaimana wanita itu menguruskan hal hatinya sendiri.

Lelaki kena tahu masa yang sesuai dan waktu paling ideal untuk mula memujuk wanita berkenaan. Salah timing, lelaki yang akan kena marah, salah masa nanti masa merajuk akan jadi lebih lama.

Kesimpulannya, jika anda menyayangi perempuan itu, anda kena bersabar dan belajar memahami liku mood si dia, jangan menilai tapi cubalah untuk memahami kerana ia lebih membawa kepada kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *