September 27, 2023

Lelaki Kudung Tangan Ditangkap Tikam Pelancong Dengan Gunting

1 min read

Seorang lelaki yang kudung dua tangannya yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat (AS) dipercayai guna kakinya untuk pegang gunting dan menikam seorang lelaki yang berusia 22 tahun.

Dalam laporan News Fix Daily, pihak Polis Pantai Miami berjaya menangkap lelaki itu yang berusia 46 tahun bernama Jonathan Crenshaw selepas didakwa menikam mangsa bernama Cesar Coronado.

Kata Crenshaw, dia hanya mempertahankan dirinya daripada pelancong itu. Katanya lagi, lelaki OKU itu sedang baring ketika Coronado mendekati dirinya dan kemudian menendangnya.

Crenshaw cukup terkenal di kawasan tersebut kerana kebolehannya melukis menggunakan kaki. Video Crenshaw melukis ada dimuatnaik di laman perkongsian video di YouTube untuk orang ramai turut sama melihat kebolehannya.

Rakan Coronado memberitahu polis, mereka meminta Crenshaw menunjukkan jalan ketika lelaki itu tiba-tiba menikamnya.

Menurut laporan News Fix Daily, mangsa segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *