December 9, 2023

Penyanyi Roy ‘Ratnaku’ Kini Busking Di Jusco AU2

1 min read

Penyanyi yang dulu popular untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik ketika zaman 90-an, Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi kini banyak menghabiskan masa membuat persembahan busking di pusat beli-belah, Aeon AU2 atau Jusco AU2. Beliau busking setiap minggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Kasihan juga rasanya apabila artis yang banyak mendapat peluang menyanyi lagu patriotik pada setiap tahun kemerdekaan dulu kini sudah tidak lagi jadi pilihan dan kurang mendapat tawaran menyanyi.

Beliau berkata selepas berhenti dari menjadi pensyarah secara full-time di UKM, kebanyakannya dia menghabiskan masa menyanyi di pusat beli-belah berkenaan.

“Sekarang abang banyak menghabiskan masa menyanyi di sini dan masih ada menjadi pensyarah di UKM secara separuh masa,” katanya.

Kepada organiser atau yang ada rezeki lebih dan hendak cari penyanyi boleh lah hubungi Roy di no telefon 012-399 3617 atau email beliau di rauzanroy@gmail.com untuk urusan selanjutnya. Ada rezeki lebih bantulah Roy untuk dapatkan job menyanyi.

Kalau korang rindukan suara Roy bolehlah datang ke Jusco AU2 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk dengar nyanyian Roy. Tak payah hendak beli tiket, boleh dengar puas-puas suara Roy.

Bertuah rasa sebab saya minat dengan suara beliau yang memang lunak serta maskulin terutamanya bila menyanyi lagu patriotik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *