Seorang Demi Seorang Mati

Itulah lumrah filem Hollywood kalau melibatkan cerita ada makhluk asing, dinasour atau binatang besar yang suka makan orang dan buat buat kerosakan. Admin sedang bercerita pasal filem The Meg yang rasanya masih ditayangkan di pawagam sekarang ini. Filem ini adalah tentang ikan yang besar iaitu ikan yu atau jerung tapi jerung yang mula hidup pada zaman dinosaur atau dikenali dengan nama Megalodon.

Jalan ceritanya lebih kurang sama seperti cerita rekaan berkaitan jerung yang lain macam filem Jaws yang jadi hit pada sekitar 90-an dulu. Jerung akan menyerang, dan akan bunuh serta makan seorang demi seorang, sampai habis pelakon dalam filem itu mati.

Filem The Meg adalah arahan Jon Turtletaub dan berasaskan sebuah buku yang ditulis pada 1997 bertajuk “Meg : A Novel Of Deep Terror” tulisan Steve Alten.

Orang jadi gila-gila hendak tengok cerita ini sebab hendak tengok betapa besarnya jerung nama Megalodon ini dan apakah jalan ceritanya.

Mungkin kalau pernah tengok filem Jaws, mungkin agak kecewa sedikit kerana jalan ceritanya lebih kurang sama. Mereka mahu tonton kerana pelakon utamanya ialah Jason Statham yang terkenal dengan filem Transporter.

Bagaimanapun, kejutan terakhir macam mana binatang The Meg tu dibunuh boleh dianggap penghabisan sempurna dalam filem ini.

The Meg nampaknya menyambung satu trend berbeza dalam penerbitan filem Hollywood iaitu kerjasama antara Amerika Syarikat dan China dalam penghasilan filem. Banyak filem sudah menampilkan pelakon dari China atau Hong Kong sejak akhir-akhir ini.

Filem Jurassic World yang baru juga menampilkan kerjasama dengan negara China. Negara China sudah semakin hebat dan bergerak laju dalam penerbitan filem bersama-sama dengan Hollywood.

Seperti yang admin katakan tadi, filem ini seperti biasa yang akan menunjukkan seorang demi seorang pelakon akan mati dibunuh serta dibaham jerung The Meg ini.

Leave a Comment