Pontianak Bakal Ada Dalam Game Virtual Reality Di The Rift?
2 min read
Produk pelancongan berasaskan teknologi moden semakin banyak muncul dan ia berkembang pesat di negara ini untuk peminat-peminatnya tersendiri.
Bertempat di pusat beli-belah Mid Valley Mega Mall semalam, seramai 130 ejen pelancongan telah dibawa melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di lokasi pelancongan berteknologi tinggi iaitu The Fist di mana tempatnya anda boleh mencuba pengalaman bermain Virtual Reality.
Untuk makluman anda, The Rift yang berada di tingkat 3, North Court pusat beli-belah itu adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Para pengusaha agensi pelancongan di bawah Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) juga berpeluang mencuba sendiri pengalaman hebat pelbagai jenis tarikan di The Rift.
Presiden MITA Uzaidi Udanis dalam ucapannya berkata beliau begitu berbesar hati The Rift dapat membuka pintunya kepada MITA dan para ejen pelancongan untuk memperkenalkan pelancongan gaya moden yang melibatkan realiti maya berasaskan grafik dan permainan komputer.
Beliau berkata The Rift mungkin boleh menggunakan unsur mistik dalam negara ini seperti jenis makhluk halus dan hantu untuk diperkenalkan di dalam permainan komputer mereka.
“Kita ada banyak hantu seperti pontianak dan sebagainya, mungkin kita boleh kumpul maklumat berkaitan hantu-hantu berkenaan dan perkenalkan dalam permainan komputer ini.
“Kita akan dapat berjumpa dengan segala jenis hantu Pontianak ini dalam permainan ini, ia akan pastinya akan menjadi menarik,” kata Uzaidi.
The Rift berkeluasan 40,000 kaki persegi di Mid Valley. Ia membariskan lebih sedozen tarikan moden bertaraf dunia. Tagline mereka “Enter The Rift, Exit Reality” begitu sesuai dengan suasana yang disediakan oleh The Rift untuk para pengunjung mereka. Mereka ada kira-kira 25 dunia maya berbeza serta tarikan alam maya yang melibatkan aktiviti fizikal.
Anda yang meminati permainan di alam maya ini boleh cuba bermain Zero Latency. Ia adalah permainan tembak menembak secara maya paling hebat di dunia kerana para pemain akan bebas untuk bergerak dalam rekaan maya. Zero Latency boleh dicuba dalam tiga senario berbeza iaitu menyelamatkan diri dari serangan Zombie dan senario menyelamatkan satu misi di angkasa lepas.
Para pengunjung boleh juga cuba bermain permainan tag laser iaitu TerminatorX atau mencuba untuk melepasi rumah sesat yang dikenali sebagai VR Adventure.
The Rift beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.